All posts by perkasa1

PERKASA GOLF CHALLENGE 2018

PERKASA Malaysia dengan kerjasama Kelab Golf Kastam akan menganjurkan PERKASA GOLF Challenge 2018 pada 24 November 2018, Sabtu jam 7.30 pagi bertempat di Impian Golf & Country Club, Kajang.

Sehubungan itu semua agensi, syarikat atau individu adalah dipelawa menyertai kejohanan ini bagi mengeratkan jalinan kerjasama sektor awam dan swasta.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 November 2018. Maklumat lanjut penyertaan dan pakej penajaan yang ditawarkan seperti di pautan berikut:

<<Perkasa Golf Challenge 2018 – Registration & Sponsorship Form>>

 

Rokok seludup RM8 juta dirampas

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas rokok seludup bernilai RM8 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang di Mersing, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata serbuan dilakukan susulan penahanan 23 lelaki termasuk dalang sindiket penyeludupan rokok dan dua anggota polis di daerah sama, tiga hari sebelumnya.

Menurutnya, hasil siasatan lelaki yang juga dalang sindiket berkenaan membawa pasukan polis ke kilang itu pada jam 6 petang, Sabtu lalu sebelum pemeriksaan di bangunan membawa kepada penemuan 1,606 kotak rokok jenama ‘U2’ dengan anggaran cukai Kastam bernilai RM8 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tengah) menunjukan rampasan rokok jenama U2 bernilai RM8 juta ketika mengadakan sidang media, di IPK Johor. – Foto Mohd Azren Jamaludin

 

“Ia menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk dalam kes pada 10 Oktober lalu berjumlah RM14 juta dan nilai rampasan kereta berjumlah RM3 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda 20 kali ganda nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Continue reading Rokok seludup RM8 juta dirampas

94,786 syarikat daftar SST

Jumaat 14 September 2018 MELAKA: Sebanyak 94,786 syarikat di seluruh negara sudah membuat pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak pelaksanaannya pada 1 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Zulkifli Yahya, berkata pihaknya juga yakin akan berlaku pertambahan jumlah syarikat yang berdaftar SST dalam tempoh terdekat.

“Selepas 14 hari pelaksanaan SST yang menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebanyak 94,784 syarikat sudah berdaftar setakat hari ini.

TIMBALAN Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Zulkifli Yahya

“Bagaimanapun, angka ini juga mungkin akan berubah sama ada turun atau naik. Ini kerana, ada di antara syarikat yang tidak layak dikenakan SST,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Tahun 2018 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, di sini, hari ini.

Zulkifli turut meminta orang ramai supaya mengikuti perkembangan semasa dalam mengetahui sebarang perubahan harga barangan membabitkan SST.

“Sebarang pengumuman mengenai SST akan dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menyenaraikan barangan yang perlu dikenakan cukai. Jadi, saya minta orang ramai supaya peka mengenainya.

“Di pihak JKDM, kita akan mengadakan program mendekati orang ramai seperti bimbingan berterusan dan ‘outreach’ bagi membantu berkaitan isu SST,” katanya.

Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/473511/94786-syarikat-daftar-sst

RUU Cukai Jualan 2018 diluluskan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: 7 Ogos 2018 Dewan Rakyat malam ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagi selepas pembangkang mengemukakan usul meminta perbahasan bagi peringkat jawatankuasa, diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilih.

KUALA LUMPUR 07 OGOS 2018. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Usul dikemukakan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-UMNO Beluran) mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2).

Peraturan itu menetapkan usul tidak boleh dibahas dan perlu diputuskan Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kemudian mengarahkan undi belah bahagi dilakukan.

“Hasil undi belah bahagi, bilangan ahli yang bersetuju ialah 51 orang, yang tidak bersetuju 111 orang manakala yang tidak mengundi empat orang.

“Dengan ini usul dikemukakan Beluran ditolak,” katanya.

Beliau kemudian menetapkan perbahasan di peringkat jawatankuasa RUU disambung esok.

Ketika sesi penggulungan, Guan Eng bertegang leher dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang terutama Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) yang meminta rasional pengenalan Cukai Jualan 2018 menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Selanjutnya di: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/459227/ruu-cukai-jualan-2018-diluluskan-dewan-rakyat#cxrecs_s

RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan

KUALA LUMPUR: 8 Ogos 2018 Dewan Rakyat, hari ini meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mengumumkan RUU menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) itu diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara.

RUU itu dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Guan Eng dan disokong Timbalannya, Datuk Amiruddin Hamzah.

Ketika membentangkan RUU terbabit, Guan Eng berkata, kadar akan dikenakan bagi Cukai Perkhidmatan adalah enam peratus.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan yang baharu akan mengekalkan model dan skop berasaskan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 yang dimansuhkan apabila GST dilaksanakan pada 2015.

Continue reading RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan

80,000 syarikat layak dikenakan SST, terima emel makluman minggu ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70,000 hingga 80,000 perniagaan akan didaftarkan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebaik ia mula dilaksanakan berkuatkuasa 1 September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri T Subromaniam, berkata jumlah itu adalah jauh lebih rendah berbanding sebanyak 472,000 perniagaan di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, pendaftaran SST akan dilakukan secara automatik dengan memindahkan data daripada sistem perkomputeran myGST sedia ada bermula esok.

“Apa yang kita akan buat, hanya syarikat yang layak didaftarkan dengan SST, akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam sistem mySST bermula esok.

“Syarikat yang layak ini akan dimaklumkan secara rasmi menerusi emel bermula minggu ini untuk mereka menyemak butir-butir berkenaan.

“Bagi syarikat yang tidak didaftarkan di bawah GST sebelum ini, kemungkinan ada seperti syarikat baharu atau yang tidak tertakluk kepada GST tetapi layak dikenakan SST, mereka boleh memohon di talian kita yang akan dibuka mulai minggu depan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri seminar ‘Kelahiran Semula SST! Peralihan dari GST ke SST’ di sini, sebentar tadi.

Continue reading 80,000 syarikat layak dikenakan SST, terima emel makluman minggu ini

SAMBUTAN AIDILFITRI WARGA KASTAM MERIAH

PUTRAJAYA, 3 Julai 2018 – Keriangan lebaran jelas terpancar di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat yang masih belum reda meskipun sudah masuk ke pertengahan Syawal. Jamuan makan dipenuhi hidangan lebaran antaranya rending, lemang, sate, kambing golek, nasi beriyani serta variasi kuih-muih dan minuman pelbagai rasa membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri.
Majlis dihadiri oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia dan kehadiran beliau disambut oleh Dato’ Sri Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Hadir sama ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kewangan.
Turut hadir, pengurusan tertinggi jabatan iaitu Dato’ Zulkifli bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato’ Paddy bin Abd. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastamana/GST) dan Dr. Zulkefli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Penolong-penolong Ketua Pengarah serta pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat dan negeri. Majlis juga dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, wakil swasta dan rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada jabatan.

Continue reading SAMBUTAN AIDILFITRI WARGA KASTAM MERIAH

PEMANSUHAN GST: KASTAM LAKSANA TUGAS TERAS MEMBANTERAS PENYELUDUPAN

PUTRAJAYA, 5 Jun 2018 – YB Tuan Lim Guan Eng, hadir di Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra warga Kastam bersama Menteri Kewangan Malaysia. Majlis telah diadakan di Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Ketibaan beliau disambut oleh Dato’ Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Haji Zulkifli bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) dan Dato’ Paddy bin Abd Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST). Ini merupakan pertemuan pertama beliau bersama warga Kastam sejak dilantik menjadi Menteri Kewangan pada 21 Mei 2018.
Dalam ucapan beliau, YB Tuan Lim Guan Eng memuji usaha JKDM dalam melaksanakan tugas membanteras penyeludupan. Jika sebelum ini GST memainkan peranan yang penting kepada jabatan, kali ini beliau menyeru warga Kastam memandang kehadapan dan mengubah persepsi daripada sebuah jabatan yang memainkan peranan penting dalam GST kepada sebuah Jabatan yang melawan penyeludupan dan menjadi kawan kepada rakyat. Beliau turut memaklumkan akan menyemak kembali bagaimana jabatan dapat mengoptimakan hasil dan memastikan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan bertimbang rasa.
Beliau menyeru seluruh warga jabatan menjalankan tugas dalam Malaysia baharu dengan semangat bertimbang rasa seperti yang telah beliau sebutkan terdahulu, “kita lawan penyeludupan, dan pada waktu yang sama kawan kepada rakyat”.
 
Pada majlis berkenaan, turut disempurnakan penyampaian watikah kepada pegawai kanan jabatan oleh YB Tuan Lim Guan Eng. Tuan Mohd Nordin bin Abdullah telah dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri Perak, Puan Zaida bt. Hussin telah dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Jaapar telah dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri Sabah, Tuan Madrim bin Tasan telah dilantik sebagai Pengarah Kastam Labuan dan Tuan Tuang a/l Aleong sebagai Pengarah Kastam Negeri Melaka.