Monthly Archives: January 2015

Sasaran Hasil JKDM 2015: RM45.441 Bilion

P1050860

Pada tahun 2015 pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan sasaran hasil pungutan cukai JKDM adalah sebanyak RM45.22 bilion. Sasaran hasil ini juga adalah termasuk kutipan yang bakal diperolehi dari perlaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada tanggal 1 April 2015 nanti.

Dari segi nisbah pembahagian kutipan adalah disasarkan sebanyak RM28 bilion dari pungutan GST dan selebihnya dari lain-lain cukai atau duti seperti duti import, duti eksais, cess getah dan sebagainya. Ini adalah merupakan cabaran baru kepada semua pihak khususnya JKDM dan warganya yang telah diamanahkan oleh kerajaan bagi meleksanakan GST bagi mengganti Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang telah dikutip sejak 1972 dan 1975 lagi.

Continue reading Sasaran Hasil JKDM 2015: RM45.441 Bilion

Exco Pusat PERKASA bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan

24 Januari 2015, Putrajaya – Satu majlis makan tengahari santai Exco PERKASA Pusat bersama Pimpinan Tertinggi JKDM telah diadakan di Kelab Tasek, Presint 8 Putrajaya.

Antara Pimpinan Tertinggi JKDM yang hadir adalah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali Hj Ahmad, Dato’ Matrang Suhaili, Dato’ Abd Rahman Othman dan Dato’ Ahmad Nazri Embong dan Tn Hj Mohd Tarmizi Yahya.Perkasa KPK

Manakala Exco Pusat PERKASA diketuai oleh Tn Mohd Noor Yusoff selaku Presiden, Tn Mohd Asri Seman (Naib Presiden I), Tn Dr Ishak Ismail (Naib Presiden II), Tn Saiful Azmi Yusof (Setiausaha Agong), Pn Wan Marini Wan Hamzah (Bendahari Agong) serta barisan exco yang lain.

Continue reading Exco Pusat PERKASA bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan

Hari Kastam Sedunia Ke-33 Disambut Meriah

HKS 3326 Januari 2015, Putrajaya – Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-33 di sambut meriah di seluruh negara dengan tema sambutan tahun ini “Penyelarasan pengurusan sempadan: Pendekatan inklusif bagi menghubungkan pihak berkepentingan”. Berbeza dengan sambutan tahun-tahun lalu yang dianjurkan di peringkat kebangsaan, sambutan pada kali ini telah diputuskan untuk dibuat secara sederhana di setiap JKDM negeri.

Perasmian Pejabat JKDM Pahang

Acara majlis sambutan dimulakan sejak pukul 7.30 pagi dengan ketibaan warga JKDM Ibu Pejabat dan dif-dif jemputan. Tepat jam 8.40 pagi ketibaan Menteri Kewangan II YBhg Dato’Sri Mohamad Husni bin Ahmad Hanazlah, Timbalan Menteri Kewangan YB Dato’ Hj Ahmad bin Maslan dengan diiringi Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato’ Sri Khazali bin Ahmad masuk ke Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia bagi menyempurnakan upacara perasmian. Continue reading Hari Kastam Sedunia Ke-33 Disambut Meriah