Monthly Archives: March 2015

Kastam jadikan GST reformasi cukai paling berjaya

ISNIN, 30 Mac 2015,  Kompleks JKDM WPKL, Kelana Jaya: Datuk Seri Najib Razak meminta warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuktikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksana bermula Rabu ini sebagai ‘reformasi cukai’ paling berjaya dalam sejarah. Perdana Menteri berkata, pengenalan GST di Malaysia perlu menjadikan contoh dan ikutan kepada negara lain.

PM 2

“(Warga Jabatan) Kastam, kami bersama anda, kita akan berjalan bersama melaksanakan GST, ini akan menjadi ‘reformasi cukai’ paling besar dalam sejarah. “Jadikan (pelaksanaan) dia (GST) sebagai paling berjaya. Bila dunia jadikan ini sebagai rujukan, dia akan kata Malaysia laksanakan GST dengan jayanya,” katanya dalam ucapan sempena lawatan kerja beliau bertemu warga JKDM di Dewan Serbaguna Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, di sini, pagi tadi.

Continue reading Kastam jadikan GST reformasi cukai paling berjaya

Kursus GST Untuk Ahli PERKASA

Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat JKDM Putrajaya, 17 dan 18 Mac 2015 seramai 62 orang pegawai kanan kastam dari seluruh negara yang merupakan ahli PERKASA telah mengikuti kursus TOT GST untuk Ahli Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia.

Kursus GST

Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Latihan dan Kompetensi Ibu Pejabat dengan kerjasamasa Bahagian GST Ibu Pejabat dan PERKASA Malaysia. Diantara topik yang dibentangkan pada hari pertama kursus ini adalah Accounting for GST, Pembayaran Cukai (GST 03) dan Claim Input Tax serta GST Treatments for Professional Sectors and Technical Activities, Property and Constructions, manakala pada sebelah petangnya satu round table discussion bersama Pengarah Bahagian GST Ibu Pejabat iaitu Dato’ Subromaniam a/l Tholasy telah diadakan. Antara isu yang dibincangkan adalah persediaan Jabatan dan pegawai menghadapi GST, tenaga kerja pelaksana GST dan sistem Gen Tax. Continue reading Kursus GST Untuk Ahli PERKASA