Daily Archives: 31/03/2015

Kastam jadikan GST reformasi cukai paling berjaya

ISNIN, 30 Mac 2015,  Kompleks JKDM WPKL, Kelana Jaya: Datuk Seri Najib Razak meminta warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuktikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksana bermula Rabu ini sebagai ‘reformasi cukai’ paling berjaya dalam sejarah. Perdana Menteri berkata, pengenalan GST di Malaysia perlu menjadikan contoh dan ikutan kepada negara lain.

PM 2

“(Warga Jabatan) Kastam, kami bersama anda, kita akan berjalan bersama melaksanakan GST, ini akan menjadi ‘reformasi cukai’ paling besar dalam sejarah. “Jadikan (pelaksanaan) dia (GST) sebagai paling berjaya. Bila dunia jadikan ini sebagai rujukan, dia akan kata Malaysia laksanakan GST dengan jayanya,” katanya dalam ucapan sempena lawatan kerja beliau bertemu warga JKDM di Dewan Serbaguna Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, di sini, pagi tadi.

Continue reading Kastam jadikan GST reformasi cukai paling berjaya