Monthly Archives: July 2015

Hari raya tepati konsep ibadah, bukan bawa padah

SUASANA hari raya di negara ini masih meriah dengan aktiviti Aidilfitri seperti rumah terbuka dan menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai. Walaupun hakikatnya Aidilfitri disambut sehari sahaja, namun budaya masyarakat Islam di Malaysia meraikannya selama sebulan.

Ungkapan ‘Selamat Hari Raya’ meniti di bibir sebagai mengucapkan selamat. Adalah lebih baik andai kalimah diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ yang bermaksud semoga Allah menerima amalan dan ibadah kita pada Ramadan menjadi ucapan semua kita.

KUALA LUMPUR 27 JULY 2015. Sebahagian daripada tetamu hadir  pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Gambar hiasan suasana rumah terbuka

Tiada masalah untuk menggunakan apa juga kalimah, asalkan ia mempunyai maksud yang sama. Namun, lebih baik kita mengamalkan apa yang termaktub dalam sunah Rasulullah SAW. Itulah saranan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ketika berkongsi ilmu menerusi program Islam Itu Indah. Continue reading Hari raya tepati konsep ibadah, bukan bawa padah