Monthly Archives: August 2015

Jumlah kutipan GST diketahui Ogos atau September 2015

KOTA KINABALU – Syarikat dan peniaga dengan perolehan RM5 juta ke atas yang diwajibkan mendaftar di bawah sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih dalam proses mengemukakan penyata GST masing-masing kepada pihak kastam.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata mereka diperlukan mengemukakan penyata mulai Mei dan setakat ini lebih 80 peratus telah berbuat demikian.

Mulai 1 Julai pula kumpulan peniaga yang berpendapatan kurang daripada RM5 juta setahun yang jumlahnya kira-kira 300,000 mula mengemukakan penyata GST masing-masing kepada Kastam.

Tempoh yang diberi akan membolehkan jumlah nilai kutipan GST sejak dikuatkuasakan 1 April lalu diketahui pada Ogos atau September, kata Khazali.

Continue reading Jumlah kutipan GST diketahui Ogos atau September 2015

Majlis Mesra Warga Kastam Sempena Sambutan Aidilfitri 1436H

Majlis Raya Ibu Pejabat JKDM 2015Satu Majlis Mesra Warga Kastam bersama YB Menteri Kewangan II Dato Sri Mohamad Husni Bin Ahmad Hanazlah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H telah berlangsung pada 11 Ogos 2015 dengan meriah di perkarangan lobi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Presint 2, Putrajaya. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dato Sri Dr Mohd Irwan bin Siregar dan Ketua Pengarah Kastam Dato Sri Khazali bin Hj Ahmad selaku tuan rumah.

Pengarah-Pengarah Kastam Negeri juga turut diundang, begitu juga mantan Ketua-Ketua Pengarah Kastam dan isteri bagi menyerikan lagi sambutan majlis pada kali ini. Pelbagai juadah enak turut disediakan antaranya kambing panggang, satay, char kue teaw, mee kari, cendol, nasi beriani dan beraneka kuih muih telah disajikan. Selingan nyanyian lagu-lagu nostalgia raya turut didendangkan oleh kakitangan JKDM bagi memeriahkan suasana majlis dan menghiburkan hadirin yang terdiri daripada 1500 warga JKDM dan para dif-dif jemputan. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

 

 

 

Program Reverence of Sharing JPPM

Satu program yang dinamakan Reverence of Sharing bersama 399 buah pertubuhan induk bercawangan telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor dan WPKL pada 4 Ogos 2015 Auditorium Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Sri Hartamas 1 Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini bermula dengan pendaftaran pada jam 8.30 pagi dan taklimat kesedaran Penggubalan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan yang disampaikan oleh Tuan Noraffendy bin Abd Khalid, Pengarah JPPM Selangor. Poster berkaitan turut diedarkan bagi memupuk kesedaran berkaitan isu ini di kalangan ahli pertubuhan berdaftar.

Program reverence of sharing JPPM

Continue reading Program Reverence of Sharing JPPM