Monthly Archives: September 2015

Malaysia tempat ke 18 negara berdaya saing

Malaysia melonjak dua tangga ke kedudukan ke-18 daripada 140 negara, mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 20 ekonomi  utama paling berdaya saing di dunia, ranking tertingginya sejak 2005.
Laporan Daya Saing Global 2015-2016, yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, menyenaraikan Malaysia di tangga ke-18 dengan skor 5.23 daripada tangga ke-20 dalam kalangan 144 negara tahun lepas. Malaysia juga kekal berada di kedudukan teratas dalam kalangan negara membangun Asia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peningkatan ranking itu adalah berita yang dialu-alukan dalam konteks persekitaran global yang mencabar ketika ini. “Ranking ini juga merupakan sokongan terhadap kemajuan yang dicatatkan negara dalam meningkatkan kecekapan dan daya saing menerusi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Continue reading Malaysia tempat ke 18 negara berdaya saing

Antara Zeti, kejatuhan nilai ringgit dan gaya hidup mewah

Dalam kekalutan kejatuhan ringgit, ada pasar raya meletakkan papan tanda berbunyi: ‘kami terpaksa menaikkan harga barang kerana kejatuhan nilai ringgit’. Rakyat gelisah, gundah gulana dan bimbang kejatuhan teruk ringgit akan menyebabkan harga barang naik. Orang ramai berasakan situasi sekarang tidak seindah digambarkan oleh kerajaan. Penurunan nilai mata wang ringgit melebihi paras RM4 berbanding dolar Amerika, merisaukan dan persoalan bermain dalam fikiran ialah berapa lama lagi ringgit akan kembali ke paras yang lebih selesa atau pendeknya, ke paras seperti sebelum ini iaitu diantara RM3.30 hingga RM3.50.

This photo illustration shows Malaysian ringgit banknotes in Kuala Lumpur on June 29, 2015. Asian equities and the euro tumbled June 29 on fears Greece will crash out of the eurozone after Athens called off debt reform talks and announced a referendum on creditors' proposals next weekend, days after a repayment deadline.  AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

Apakah negara kita menuju krisis seperti dialami pada 1998? Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bagaimanapun menolak andaian kononnya kerajaan menggambarkan semuanya baik-baik saja tetapi mengakui situasi sekarang agak mencabar berikutan perkembangan yang berlaku pada peringkat global, selain China melaksanakan beberapa dasar untuk menyeimbangkan serta menstruktur semula ekonominya. Malah, Zeti juga dalam pertemuan eksklusif bersama kumpulan akhbar The New Straits Times Press (NSTP) baru-baru ini, menolak kemungkinan kita menuju kepada krisis. Alasannya adalah sistem kewangan Malaysia mantap, paras pertumbuhan ekonomi dan rizab negara yang tinggi, paras pengangguran rendah, paras simpanan tinggi dan hutang luar yang secara relatifnya adalah rendah. Continue reading Antara Zeti, kejatuhan nilai ringgit dan gaya hidup mewah