Bajet 2016 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2015, Jumaat lalu, ramai yang mendapat habuan secara langsung. Mereka yang berpendapatan isi rumah bawah RM4,000 dapat BRIM yang dinaikkan kepada antara RM800 dan RM1,050. Malah, orang bujang berpendapatan bawah RM2,000 pun akan dapat RM400. Bagi yang bekerja dengan kerajaan dan berpendapatan isi rumah bawah RM4,000 pula, di samping BRIM mereka juga akan dapat bantuan khas minimum RM500 serta pergerakan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan. Maknanya pada tahun depan bagi yang belum mencapai paras gaji maksimum, mereka akan dapat dua kenaikan gaji tahunan. Pesara kerajaan juga tidak dilupakan yang mana masing-masing akan dapat bantuan khas RM250.

Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan had kadar pelepasan cukai pendapatan individu bagi anak, pengajian anak di IPT, anak OKU dan pasangan yang tidak bekerja. Pelepasan cukai juga akan diberikan untuk menyara ibu bapa yang berumur 60 tahun ke atas, walaupun tidak tinggal bersama. Dengan kenaikan had kadar pelepasan cukai itu, ramai yang mulai tahun depan tidak lagi termasuk dalam kategori yang perlu membayar cukai pendapatan atau jumlah yang perlu dibayar adalah lebih kecil. Ini bermakna mereka akan ada wang tambahan untuk dibelanjakan.
Continue reading Habuan Bajet 2016 untuk manfaat semua rakyat