Monthly Archives: November 2015

Kevin Morais, Shaharuddin terima Anugerah Khas Integriti 2015

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara Malaysia, mendiang‎ Kevin Morais dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia , Allahyarham Datuk  Shaharuddin Ibrahim dinamakan sebagai penerima Anugerah Khas Integriti 2015 oleh Institut Integriti Malaysia.

Dato S

Pemilihan mereka diumumkan dalam program Bicara Integriti Nasional 2015 yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia, kerana disifatkan memiliki integriti tinggi dalam
menjalankan tugas serta tanggungjawab.

Anugerah khas itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk‎ Paul Low dan diterima oleh ahli keluarga masing-masing iaitu adik bongsu Kevin, Datuk Richard Morais dan isteri Shaharuddin, Datin Rahimah Ibrahim.

Continue reading Kevin Morais, Shaharuddin terima Anugerah Khas Integriti 2015

JKDM buru lebih 20,000 peniaga degil

Kelana Jaya 12 November 2015: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih memburu lebih 20,000 peniaga yang belum mendaftarkan perniagaan mereka dengan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) Mohd Noor Yusoff berkata, setakat ini, terdapat 380,000 peniaga yang berdaftar dengan sistem GST dan pihaknya menyasarkan 400,000 peniaga berdaftar dengan sistem itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya, pihaknya akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan peniaga berdaftar dengan sistem percukaian baru yang diperkenalkan sejak 1 April lalu.

KUALA LUMPUR 12 November 2015. Presiden Persatuan Perkasa Pegawai Kastam, Malaysia, Mohd Noor Yusoff (dua kiri) pada Majlis Pelancaran dan Pusat Perkhidmatan eGST Syarikat MObipay Soluton Sdn Bhd di Dewan Auditorium Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya. STR / Halim Salleh
KUALA LUMPUR 12 November 2015. Presiden Persatuan Perkasa Pegawai Kastam, Malaysia, Mohd Noor Yusoff (dua kiri) pada Majlis Pelancaran dan Pusat Perkhidmatan eGST Syarikat MObipay Soluton Sdn Bhd di Dewan Auditorium Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya. STR / Halim Salleh

“Kita akan menggunakan kaedah penyamaran dengan pegawai kastam akan membeli di kedai terpilih selaku “mystery shopper” dan memeriksa status perniagaan mereka adakah berdaftar dengan GST, menggunakan invois dan mengenakan caj yang betul atau sebaliknya.

Continue reading JKDM buru lebih 20,000 peniaga degil

Pelaksanaan GST mula difahami

Georgetown 12 November 2015, Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sejak 1 April lalu, mendapat reaksi positif dan mulai diterima serta difahami orang ramai.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Barang dan Perkhidmatan) Datuk T. Subromaniam berkata, jika sebelum ini lebih 800 aduan diterima, tapi kini tiada satu pun aduan diterima pihaknya.

Beliau berkata, ia menunjukkan satu perkembangan baik berikutan penguatkuasaan GST berjaya menyelamatkan ekonomi negara kerana ia memberikan manfaat kepada semua sektor yang terlibat.

Seminar GST Perkasa Penang

“Jika sebelum ini pihak JKDM mengadakan Seminar GST kepada sektor pengilangan, kini taklimat sama turut diberikan kepada pengusaha di sektor hartanah serta pembinaan.

“Menerusi seminar ini, ia dapat memberikan gambaran dan maklumat yang lebih jelas kepada semua pihak supaya tidak salah faham atau keliru dengan pelaksanaannya yang kini sudah menjangkau hampir lapan bulan sejak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika merasmikan Seminar GST 2015 anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (Perkasa) Cawangan Pulau Pinang, semalam.