Monthly Archives: December 2015

Dewan Negara lulus RUU Majlis Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara, diluluskan Dewan Negara malam ini.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, ketika mengumumkan perkara itu pada pukul 8.20 malam, berkata undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian suara dengan lebih ramai yang menyokong berbanding yang membantah.

MKN

“Ia diwujudkan untuk menambah baik dan menjaga ketenteraman negara setelah mengambil kira keseluruhan perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.

“Jangan ada prejudis, ia dibuat bukan untuk siapa-siapa tapi untuk negara tercinta,” katanya selepas bacaan kali ketiga rang tersebut.

Rang itu telah dibahas begitu hebat oleh 37 senator baik daripada  Barisan Nasional (BN) mahupun daripada pembangkang sepanjang persidangan.

Continue reading Dewan Negara lulus RUU Majlis Keselamatan Negara

JKDM kutip RM30 bilion hasil GST

14 Disember 2015, Bukit Baru Melaka: Lebih RM30 bilion hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikutip Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sejak diperkenalkan kerajaan pada 1 April lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) JKDM, Datuk Matrang Suhaili berkata, peningkatan itu dibantu tahap pemahaman dan kesedaran masyarakat mengenai GST. “Kejayaan JKDM itu menunjukkan pelaksanaan GST di negara ini berjalan lancar, malah jumlah pungutan yang diperoleh tidak dijangka. Jumlah sebenar kutipan GST tidak dapat didedahkan, kami yakin sasaran kutipan tahun depan akan diletak pada angka yang lebih tinggi,” katanya yang ditemui selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 siri 4 2015, di Akademi Kastam Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, di sini, semalam.

MELAKA 14 December 2015. ( MB87N / MM227K / Tamat Latihan Kursus ) Pelatih terbaik keseluruhan, Ruslyana Farahana Ruslee, 25, (dua dari kiri) menerima ciuman daripada ibunya, Mik Wook Salim, 57, (dua dari kanan) sambil diperhatikan bapa, Ruslee Md Rijin, 60, (kiri) dan abangnya, Mohd Redzuan, 34, (kanan) ketika Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguatkuasa Kastam Gred W41 Siri 4/2015 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, Melaka. STR/Muhammad Hatim Ab Manan
Majlis Tamat Latihan Kursus -Pelatih terbaik keseluruhan, Ruslyana Farahana Ruslee, 25, (dua dari kiri) menerima ciuman daripada ibunya, Mik Wook Salim, 57, (dua dari kanan) sambil diperhatikan bapa, Ruslee Md Rijin, 60, (kiri) dan abangnya, Mohd Redzuan, 34, (kanan) ketika Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguatkuasa Kastam Gred W41 Siri 4/2015 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, Melaka.

Pada majlis itu, seramai 250 pegawai baru Kastam menerima sijil tamat latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 yang membabitkan 127 lelaki dan 123 wanita. Matrang berkata, peserta kursus perlu menamatkan latihan selama lapan minggu di AKMAL yang membabitkan kawad kaki, latihan padang, kerohanian serta amalan lengkap untuk menjadi pegawai kerajaan berintegriti. Beliau berkata, pengambilan kali ini adalah bagi mengisi kekosongan di bahagian GST yang kini mempunyai 1,000 pegawai dan anggota penguat kuasa di seluruh negara.

Continue reading JKDM kutip RM30 bilion hasil GST

Perangi taktik halalkan wang haram

Pengubahan wang haram adalah satu masalah yang besar masa kini. Jumlah kerugian pengubahan wang haram di dunia membabitkan lima peratus daripada ekonomi global iaitu sebanyak AS$3.8 bilion setahun manakala jumlah hasil aktiviti pengubahan wang haram di Malaysia yang disiasat pihak berkuasa dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu dari 2011 hingga 2013 mencecah RM13.1 bilion membabitkan 13,126 kes pelbagai jenis kesalahan jenayah. Memandangkan hampir keseluruhan aktiviti jenayah adalah bermotif dan membabitkan wang, pembanterasan jenayah dengan menyekat perolehan hasil kegiatan jenayah adalah salah satu aspek penting bagi mengurangkan ancaman jenayah di dunia.

This photo illustration shows Malaysian ringgit banknotes in Kuala Lumpur on June 29, 2015. Asian equities and the euro tumbled June 29 on fears Greece will crash out of the eurozone after Athens called off debt reform talks and announced a referendum on creditors' proposals next weekend, days after a repayment deadline. AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA

Pengubahan wang haram adalah satu proses menukar wang tunai atau harta yang didapati daripada aktiviti jenayah untuk memberikan penampilan yang sah atau untuk menghalalkan dana haram. Ia adalah satu proses membersih dan menghalalkan wang haram untuk mengelak daripada diketahui punca asal daripada kegiatan jenayah. Ada tiga tahap pengubahan wang haram dilakukan oleh penjenayah kolar putih untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Tahap pertama dikenali sebagai penempatan. Memandangkan pengubahan wang haram membabitkan perniagaan (wang diperoleh hasil aktiviti haram) yang besar, wang ini akan dilaburkan menerusi sistem kewangan yang sah. Ini adalah pergerakan tunai dari sumbernya. Penjenayah kolar putih akan masuk wang tunai ke dalam jumlah yang kecil untuk didepositkan ke dalam akaun bank, atau ditukar dalam bentuk cek kembara atau wang pos, menyeludup mata wang dan sebagainya ke beberapa bank dan lokasi yang berlainan.

Continue reading Perangi taktik halalkan wang haram