Monthly Archives: January 2016

Ekonomi negara stabil kerana GST

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil kerana pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).  Perdana Menteri berkata, kutipan hasil sejak pelaksanaan GST April tahun lalu melebihi RM51 bilion, pertambahan cukup luar biasa daripada RM37.2 bilion pada 2014.  “Hasil ini luar biasa lebih tinggi daripada jangkaan awal,” katanya berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia, di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya pada 28 Januari 2016.

HKS1Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia 2016 kali ke-34 di Kompleks Kastam WPKL di Kelana Jaya

 

 

 

Perdana Menteri yang turut menyifatkan warga Kastam selaku Wira Negara kerana telah melaksanakan tugas dengan amat baik dan berkesan khususnya pelaksanaan dasar percukaian baharu negara iaitu GST. Kejatuhan nilai matawang ringgit, penurunan kadar minyak mentah dunia ke paras USD30 satu tong dan ketidaktentuan ekonomi dunia telah banyak mempengaruhi kestabilan ekonomi negara.

Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia 2016 kali ke 34 bertemakan Perkhidmatan Digital Kastam: Keterlibatan Progresif itu turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad serta lebih 3,000 warga Kastam dan para dif-dif jemputan dari pelbagai agensi awam dan swasta.

 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/118905

 

TPP jadi pasport buat usahawan Bumiputera

SHAH ALAM – Usahawan Bumiputera tidak perlu khuatir sekiranya negara menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kerana ia akan menjadi pasport untuk meluaskan perniagaan mereka di 12 negara yang terlibat dalam rundingan tersebut. Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB), Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, usahawan Bumiputera tidak perlu takut sebaliknya perlu mencari peluang dan memahami apa itu TPP.

“Sebabnya, sebagai usahawan, kita perlu inovatif dan salah satu inti pati usahawan adalah perlu mencari pasaran baharu. Apa yang perlu usahawan lakukan adalah peka, kreatif dan mencari peluang. Dengan TPP ini, usahawan perlu lihat sebagai peluang untuk meniaga di luar.”

TPP

“Ideologinya kita akan mempunyai pasport yang sangat besar untuk kita terokai pasaran baharu seperti di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, di samping itu, kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dengan menyediakan program komprehensif bagi memperkuatkan usahawan Bumiputera untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Katanya, program-program itu perlu dilakukan sekarang dan bukannya selepas pelaksanaan TPP.

“Malaysia merupakan sebuah negara berdagang dan kalau kita lihat, usahawan Bumiputera kurang sebagai syarikat pengeksport. Jadi, kerajaan perlu memainkan peranan dengan mengukuhkan usahawan ini supaya apabila mereka keluar, mereka berada dalam keadaan yang kukuh. Sebab itu pembangunan buat usahawan itu amat penting,” katanya.

Continue reading TPP jadi pasport buat usahawan Bumiputera

Vape: Antara trend dan kesihatan

Adalah diakui penggunaan rokok elektrik kini semakin berleluasa dalam kalangan anak muda. Persoalannya, sama ada mahu capai misi sendiri atau ingin mencuba, Gen Y bincangkan dalam artikel ini. Bagi kita yang kurang arif dalam aspek kesihatan, pastinya tidak ambil kisah mengenai budaya baru yang datang asalkan kita mencubanya.

Vapor atau rokok elektronik kini seakan-akan menjadi pilihan pengganti rokok konvensional oleh sebahagian perokok. Bukan hanya bagi perokok, trend ini semakin menular sehinggakan ada diantara anak muda yang tidak merokok juga tidak segan-segan untuk mencuba.

vape

Gaya hidup urban

Memegang vapor di tempat awam bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ‘pelik’ dipandang tidak kira anda lelaki atau perempuan, bahkan anda boleh dianggap ‘cool’ kerana mengikut trend terkini. Mendengar pendapat beberapa pengguna vapor yang dulunya bukan perokok, mereka menganggap vapor ibarat lambang gaya hidup baru sehingga dikaitkan dengan trend terkini. Manakan tidak, hampir 90 peratus perokok biasa beralih kepada vapor  sejak ia mula popular beberapa tahun kebelakangan ini.

Menyingkap sejarah awal penularan e-rokok atau ‘vapor’ di negara ini sudah menapak sejak tahun 2009. Ketika itu, penjualannya di pasaran belum ‘meriah’ seperti hari ini kerana dijual secara atas talian. Kini, semakin ramai perokok beralih kepada trend baru ini, semakin ia menjadi ‘gelombang’ besar dalam masyarakat.

Continue reading Vape: Antara trend dan kesihatan

Ops Outlet V 3.0 lebih agresif, tiada kompromi

PASIR GUDANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menggunakan strategi lebih agresif pada Operasi Outlet V 3.0 tahun ini, bagi membanteras rangkaian pengedaran serta penjualan rokok seludup oleh pengedar dan peruncit. Dalam meningkatkan impak ops itu, KDRM juga akan terus memperkukuhkan kerjasama bersama pelbagai agensi penguatkuasaan di negara ini, termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Matrang

Datuk Matrang SuhailiTimbalan Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan dan Pematuhan)

Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili, berkata menerusi inisiatif itu, KDRM kini akan turut mengenakan tindakan undang-undang ke atas pemilik premis jika didapati menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing yang turut terbabit dalam penjualan rokok tidak sah. “Bagi tujuan itu, KDRM juga akan bekerjasama dengan PBT di seluruh negara bagi membolehkan lesen perniagaan peruncit terbabit turut dibatalkan selain didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. 1.43 bilion rokok seludup “Pada masa sama, KDRM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengusir keluar warga asing yang dikenakan hukuman penjara selepas tamat tempoh hukumannya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Operasi Outlet V 3.0 2016 bertemakan ‘toleransi sifar rokok seludup’ di sini, semalam.

Matrang berkata, KDRM juga berjaya merampas 1.43 bilion rokok seludup bernilai RM116.90 juta dan cukai Kastam sebanyak RM719.62 juta sejak Ops Outlet dimulakan pada Februari 2010 hingga 31 Disember lalu. Katanya, semua rampasan itu hasil 11,009 kes yang diperoleh menerusi pemeriksaan di lebih 44,000 premis di seluruh negara sepanjang operasi berkenaan diadakan sejak enam tahun lalu. “Pada tahun lalu, 2,341 kes diperoleh membabitkan 397 juta batang rokok seludup bernilai RM34.94 juta dan cukai Kastam RM206.46 juta. “Dari tahun 2014 dan 2015, mahkamah sudah menjatuhkan hukuman penjara untuk tempoh antara sehari sehingga setahun ke atas 593 orang atas kesalahan memiliki, mengedar dan menjual rokok seludup,” katanya.

Continue reading Ops Outlet V 3.0 lebih agresif, tiada kompromi

Kuasa beli semakin kecil tahun ini

KECUALI penurunan harga runcit petrol dan diesel pada tanggal 1 Januari lalu, tahun baharu 2016 tidak banyak membawa sinar ceria untuk negara amnya dan rakyat khasnya, dalam mengharungi tempoh 12 bulan akan datang.

Penyusutan berterusan harga minyak mentah global yang menyaksikan harga minyak mentah Brent menjunam ke paras terendah dalam tempoh lebih sedekad pada AS$32.16 setong pada Khamis minggu lalu, telah menjejaskan dengan ketara pendapatan negara pengeksport komoditi itu, termasuk Malaysia. Difahamkan, kejatuhan setiap AS$1 setong dalam harga minyak dunia akan menyebabkan negara mengalami penyusutan dalam pendapatan hasil komoditi itu sebanyak RM300 juta. Bayangkan berapa jumlah penyusutan hasil pendapatan kerajaan daripada hasil minyak selepas harga minyak mentah Brent menjunam daripada AS$98.94 setong pada 2014, kepada sekitar AS$33 setong pada masa ini.

carigali petrol

Bagi rakyat pula, kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tambang pengangkutan awam dan tol serta penurunan nilai ringgit yang menyumbangkan kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, terus menghimpit poket orang ramai. Dengan jangkaan prestasi ekonomi negara dan sektor perniagaan berterusan lembab, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang, pastinya ia memberi kesan kepada orang ramai terutama pekerja sektor swasta dari segi pemberian bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat, hatta pemberhentian tenaga kerja, terutama bagi sektor minyak dan gas. Ini bersandarkan keputusan kewangan syarikat tersenarai yang kurang memberangsangkan setakat suku kewangan berakhir 30 September 2015, yang menyaksikan tidak banyak syarikat yang mencatatkan peningkatan keuntungan, malah tidak kurang pula yang melaporkan kerugian.

Continue reading Kuasa beli semakin kecil tahun ini

Jabatan kerajaan perlu hemat berbelanja

KETIKA ekonomi gawat dan tidak menentu, kita sering dinasihati supaya sentiasa hemat berbelanja. Jika kita boros, kemungkinan kita akan terjerumus ke dalam masalah besar. Kita tidak akan mempunyai cukup wang untuk berbelanja. Kita mungkin terpaksa berhutang. Apabila sudah dibelitkan oleh hutang, sudah tentu akan menimbulkan rantaian masalah lain, termasuk tekanan psikologi sehingga menjejaskan hubungan dalam keluarga. Bagi kerajaan pula, wang yang dimilikinya, bukan untuk dibelanjakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan implikasinya.

print.transformed_132

Disebabkan pendapatan kerajaan berkurangan, sebahagiannya kerana kurang pendapatan daripada hasil minyak, maka ini memberi implikasi dari segi jumlah dan pelaksanaan projek. Peruntukan kepada kementerian, jabatan dan universiti terpaksa dikurangkan. Ini memberi cabaran besar kepada semua pihak terbabit, bagaimana menguruskan jabatan dengan peruntukan berkurangan, tanpa menjejaskan matlamat dan objektif ditetapkan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada kementerian atau jabatan, perlu mengambil kira kesannya. Adakah perbelanjaan itu berbaloi? Adakah perbelanjaan itu mendatangkan kesan kepada jabatan dan golongan sasar, terutama rakyat? Di sebalik penguncupan nilai ringgit dan ekonomi global yang tidak menentu, kementerian perlu memastikan setiap sen dibelanjakan dengan kesan optimum.

Continue reading Jabatan kerajaan perlu hemat berbelanja

Kastam lancar Ops Jejak GST 2016

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengadakan Ops Jejak GST 2016 di seluruh negara bermula 17 hingga 22 Januari ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata operasi diadakan bagi menjejak dan mendaftar mana-mana individu, syarikat atau perniagaan yang layak berdaftar tetapi masih gagal berbuat demikian.

PUTRAJAYA 07 JANUARY 2016. Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad ketika sidang media mengenai isu GST di Bangunan Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Perkastaman / GST ), Datuk Subromaniam Tholasy. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.
PUTRAJAYA 07 JANUARY 2016. Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad ketika sidang media mengenai isu GST di Bangunan Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Perkastaman / GST ), Datuk Subromaniam Tholasy.

“Maklumat yang diperoleh melalui risikan dan aduan orang ramai mendapati masih terdapat syarikat yang belum berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun layak mendaftar. “Operasi akan dilaksanakan mengikut zon-zon tertentu iaitu Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak membabitkan 1,500 penguat kuasa. Kami menyasarkan untuk mendaftar 100,000 pendaftar baharu bagi tahun ini sebagai tambahan kepada 400,519 yang sudah mendaftar tahun lalu, ” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. Melalui operasi itu juga pihaknya akan mengesan mana-mana pihak yang sudah berdaftar GST tetapi gagal mematuhi Seksyen 33 Akta GST 2014 berkenaan pengeluaran invois cukai yang tidak mengandungi butir ditetapkan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111944

Pelaksanaan GST di Malaysia berjaya

KUALA LUMPUR: Meskipun dibantah pada peringkat awal, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus sejak 1 April 2015, terbukti sangat berjaya. Cukai itu yang diperkenalkan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, tidak diterima baik oleh beberapa pihak, namun akhirnya, ia menjadi penyelamat kepada sumbangan hasil ketika berlaku kejatuhan harga minyak yang menjejaskan pendapatan kerajaan.

GST logo

Pada 1 Disember 2015, jumlah syarikat yang berdaftar untuk GST dengan Jabatan Kastam sebanyak 395,524, suatu petunjuk bahawa sektor perniagaan menerima dan yakin manfaat GST kepada mereka. Timbalan Ketua Pengarah (Kastam dan GST) Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata beberapa faktor kritikal kejayaan itu, termasuk pemasangan dan menaik taraf perisian perakaunan, mengkaji semula sistem dan proses perniagaan supaya mematuhi undang-undang GST.

“Kita telah melantik penasihat dan duta, program penerimaan selain memujuk orang ramai, yang dijalankan untuk melatih organisasi bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan swasta. “Kemajuannya baik dan tidak ada isu utama kecuali beberapa kelewatan dalam pembayaran balik pada awal pelaksanaan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi e-mel, baru-baru ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105598

Kajian: Pengiktirafan kerja lebih penting dari gaji

Satu kajian oleh Persatuan Akautan Bertauliah Berkanun (ACCA) mendapati pengiktirafan di tempat kerja telah mengatasi ganjaran kewangan, sekaligus, ia menjadi faktor terpenting bagi motivasi pekerja di dalam organisasi di seluruh dunia tanpa mengira usia, industri atau lokasi.

Majoriti responden mengakui bahawa kenaikan gaji melalui skim prestasi boleh membantu memupuk prestasi yang terbaik, 70 peratus daripada responden di Asia Timur, Pasifik dan Afrika bersetuju bahawa ukuran prestasi seperti ini boleh diperbesarkan atau dipalsukan bagi memenuhi sasaran mereka.

staff-chart

Dalam kaji selidik terbaharunya berjudul “Sikap Penyaluran Korporat dan Budaya“, Persatuan Akautan Bertauliah Berkanun (ACCA) berkata 74 peratus daripada responden menyatakan bahawa persekitaran di mana pekerja boleh berbincang dengan selesa merupakan cara yang paling berkesan bagi menggalakkan etika kerja dalam sesebuah organisasi.

Continue reading Kajian: Pengiktirafan kerja lebih penting dari gaji