Daily Archives: 15/02/2016

Peruntukan berkurang jika gagal patuhi penjimatan

IPOH: Kementerian yang gagal mematuhi langkah penjimatan kos belanja mengurus dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan menerima kurang peruntukan tahun depan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Pengubahsuaian Bajet 2016 membabitkan pengurangan RM4 bilion belanja mengurus dan RM5 bilion belanja pembangunan bagi semua kementerian. Katanya, pengurangan belanja mengurus merangkumi perjalanan, bekalan peralatan, penyelenggaraan bangunan hingga aspek makan minum ketika mesyuarat.

PUTRAJAYA 04 FEBRUARY 2016. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

“Semua kementerian dimaklumkan mengenai pemotongan bajet belanja pengurusan dan Kementerian Kewangan memantau rapi segala-galanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Komuniti Desa Tambun, dekat sini, sebentar tadi. Ahmad Husni berkata, pihaknya mahu memastikan segala kelemahan dalam laporan Ketua Audit Negara diatasi.

“Saya mempengerusikan Jawatankuasa Integriti dan sudah mengarahkan tindakan diambil terhadap laporan Ketua Audit Negara. “Kita tidak mahu dengar kelemahan berulang dan kita amat serius mengenai perkara ini,” katanya.

Selain pengorbanan sektor awam, katanya, rakyat juga perlu bersatu dan bekerjasama membantu kerajaan mempertahankan ekonomi negara dalam keadaan sukar ketika ini.

Selanjutnya di: http://www.bharian.com.my/node/124354