Monthly Archives: March 2016

GST : Pematuhan peniaga lebih 95 peratus

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) amat berpuas hati terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang genap setahun, esok.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, biarpun pada awalnya berdepan cabara, pelaksanaan GST terbukti semakin lancar dengan tahap pematuhan peniaga bagi penyerahan penyata taksiran pertama (penyata GST-03) lebih 95 peratus. “Ini satu petanda baik dan kita harap ianya berlanjutan. Jika dibandingkan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ada yang sebegitu liat (kemukakan penyata).

“Secara keseluruhannya, jika skala penuh pelaksanaan GST adalah 10, kita berada di tahap 8.5 hingga 9,” katanya selepas melancarkan peraduan ‘Jom Minta Resit GST – Resit Anda Hak Anda,’ di sini hari ini.

gst

Khazali turut optimis kutipan bersih GST bagi 2016 yang diunjurkan mencecah RM39 bilion, mampu dicapai seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini. Mengulas masalah dihadapi JKDM, beliau berkata cabaran terbesar adalah memberi kefahaman kepada peniaga dan pengguna mengenai GST.

“Sebahagian perniagaan tidak bertanggungjawab seolah-olah tidak mahu memahami sistem GST dengan baik hinggakan mengelak daripada mengenakan caj GST atas alasan takut kehilangan pelanggan. “Ada juga banyak kesilapan seperti penyata dikemukakan peniaga tidak betul,” katanya, menambah masalah teknikal termasuk isu pembayaran kredit cukai input GST.

Beliau juga mengakui kesukaran JKDM memenuhi piagam pembayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan yang dikemukakan kerana perlu menyemak banyak perkara sebelum membuat keputusan bagi pembayaran balik. “Hari ini, isu itu dapat ditangani dan 30 peratus dapat dibayar balik dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Khazali berkata, bagi masa depan, JKDM akan terus memberi penerangan kepada pengguna dan peniaga termasuk penjelasan isu teknikal berkaitan industri atau sektor tertentu. Mengulas peraduan ‘Jom Minta Resit’, beliau berkata program pemberian insentif itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan amalan meminta serta menyimpan resit GST.

Ia juga bertujuan meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap kewajipan mengeluarkan resit selaras peruntukan di bawah Seksyen 33, 34 dan 36 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, selain menghapuskan masalah seperti aktiviti pasaran haram. Peraduan bermula esok sehingga 31 Julai depan, menawarkan 2,876 hadiah termasuk sebuah motosikal, telefon pintar serta barangan elektrik dan terbuka kepada pengguna yang memperolehi resit bercukai GST.

Pengguna perlu melayari laman sesawang www.myresitgst.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih MyResitGST dan mengisi maklumat peribadi,  resit sebelum memuatnaik gambar resit pada borang penyertaan. Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500 bagi maklumat lanjut. – Bernama

Selanjutnya di: http://www.sinarharian.com.my/nasional/gst-pematuhan-peniaga-lebih-95-peratus-1.504213

 

Continue reading GST : Pematuhan peniaga lebih 95 peratus

Menangani isu lambakan pekerja asing

KEMENTERIAN Dalam Negeri pada tahun lalu melaporkan pekerja asing berdaftar di negara ini berjumlah 2.1 juta atau 15.5 peratus daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia, manakala pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi tiga juta orang. Hampir separuh pekerja asing berdaftar berasal dari Indonesia, diikuti Nepal dan Bangladesh, bakinya dari pelbagai negara seperti India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Vietnam. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja separa mahir dan tidak mahir yang mendominasi sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Pada 2015, pegawai dagang yang merupakan pekerja profesional asing tidak sampai pun 10 peratus.

Kehadiran pekerja asing secara berlebihan adalah satu fenomena membimbangkan negara. Apa yang lebih membimbangkan adalah kemasukan mereka secara tidak sah yang jumlahnya mengatasi pekerja asing secara sah. Pekerja sememangnya diperlukan dalam sesuatu proses pengeluaran kerana ia adalah input penting dan sebagai penggerak kepada input lain. Tanpa pekerja mencukupi, proses pengeluaran boleh terbantut dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks ini, pekerja berkualiti amat diperlukan kerana mereka dikatakan lebih produktif yang akhirnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi lebih tinggi. Namun, persoalannya adakah pekerja asing mempunyai ciri-ciri ini dan mampu dimanfaatkan dengan sepenuhnya?

KUALA LUMPUR 12 September 2013. Pekerja asing yang telah diperiksa semasa operasi pemeriksaan mengejut pekerja-pekerja asing oleh Penguatkuasaan CIDB di tapak pembinaan Quadro Residences@KLCC Park berhadapan Hotel Traders. NSTP/Salhani Ibrahim
KUALA LUMPUR 12 September 2013. Pekerja asing yang telah diperiksa semasa operasi pemeriksaan mengejut pekerja-pekerja asing oleh Penguatkuasaan CIDB di tapak pembinaan Quadro Residences@KLCC Park berhadapan Hotel Traders. NSTP/Salhani Ibrahim

Dalam erti kata lain, adakah kehadiran mereka mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa sama, tidak membawa kesan negatif kepada ekonomi dan sosial di Malaysia? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada kesan positif dan negatif daripada kemasukan dan penggajian pekerja asing.

Meringankan beban majikan dalam mendapatkan pekerja

Kehadiran pekerja asing sama ada secara sah mahupun tidak sah mampu menyelesaikan masalah majikan dalam mendapatkan pekerja ketika diperlukan. Ini boleh menjimatkan kos pencarian dan kos masa yang boleh membantutkan ‘output’ sesebuah operasi pengeluaran.

Menjimatkan kos pengeluaran

Pekerja asing sanggup menerima upah lebih rendah dan bekerja lebih masa. Walaupun kerajaan telah melaksanakan upah minimum, majikan masih boleh mengelak daripada membayar pekerja upah minimum ini dengan mengambil pekerja asing tidak sah. Malah pekerja asing ini sanggup menerima apa saja upah dibayar, di samping mampu memberi komitmen yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja tempatan.

Menurut teori neoklasik, input menyumbang secara positif kepada output. Maka peningkatan dalam pengambilan pekerja asing ini menyumbang kepada bilangan guna tenaga dan meningkatkan output negara. Setiap aktiviti ekonomi memerlukan permintaan yang tinggi dan sentiasa meningkat. Kehadiran pekerja asing meningkatkan jumlah permintaan negara kerana mereka akan berbelanja untuk keperluan keluarga. Aktiviti perbelanjaan mereka akan meningkatkan kuasa beli negara dan mendorong kepada pengeluaran yang lebih tinggi.

Continue reading Menangani isu lambakan pekerja asing

Geng Azhar lagak KDRM

Kajang: Muncul lengkap memakai jaket berlogo Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selain bijak berlakon sebagai pegawai KDRM yang mahu memeriksa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di premis perniagaan.

Malah kumpulan penjenayah ‘Geng Azhar’ ini mempunyai kad kuasa KDRM palsu untuk meyakinkan peniaga yang disamun. Itu taktik licik digunakan sekumpulan individu termasuk sepasang suami isteri untuk menyamun enam peniaga kedai runcit.

Dalam kejadian terbaru jam 9.30 Isnin lalu, seorang peniaga di Taman Taming Jaya, Balakong, di sini, didatangi tiga lelaki dan seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai KDRM cawangan Putrajaya. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek kemudian menyelongkar kedai sebelum mengambil pelbagai jenis barangan termasuk rokok, kad tambah nilai dan produk jamu.

KUALA LUMPUR 24 MARCH 2016.Willey (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas dari suspek menyamar sebagai pegawai kastam. NSTP/EMAIL
KUALA LUMPUR 24 MARCH 2016.Willey (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas dari suspek menyamar sebagai pegawai kastam. NSTP/EMAIL

“Semua barangan bernilai RM4,000 itu dimasukkan ke dalam tiga kotak sebelum dimuatkan ke dalam van. “Sebelum beredar, suspek memberitahu sekiranya mahu menuntut semula barangan itu, peniaga perlu hadir ke pejabat kastam di Putrajaya,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Beliau berkata, peniaga itu yang memeriksa laci mendapati wang tunai RM1,900 hilang sejurus suspek meninggalkan kedai.

“Keesokan harinya, peniaga itu pergi ke Putrajaya untuk mendapatkan kepastian namun pihak KDRM menafikan pegawai mereka terbabit melakukan pemeriksaan ke kedai runcit seperti didakwa. “Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya. Willey berkata, berdasarkan laporan itu sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Mohd Mazuri Mohd Nizar menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Tasik Biru, Kundang, Rawang, sebelum menahan empat suspek jam 1 pagi kelmarin.

“Pihak kami merampas pelbagai barangan di rumah suspek termasuk enam telefon bimbit, wang tunai RM500, 134 keping kad tambah nilai, lima jaket mempunyai logo KDRM dan sepasang pakaian seragam pegawai polis dipercayai digunakan bagi menyamar ketika melakukan jenayah. “Penahanan empat suspek terbabit membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek di flat di Desa Mentari, Petaling Jaya jam 3 pagi kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan polis membuat rampasan sebuah van Toyota Hiace dipercayai digunakan suspek untuk menyamar sebagai penjawat awam bagi melakukan jenayah. “Suspek mengaku terbabit dalam enam kes iaitu dua di Kajang manakala empat kes lagi di kawasan Sungai Buloh dan Subang. “Kumpulan ini dipercayai aktif sejak tahun lalu. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek berusia 30 hingga 55 tahun terbabit positif dadah syabu,” katanya.

 

 

 

Pacuan positif ekonomi digital dalam KDNK

Kuala Lumpur: Malaysia menyasarkan sumbangan 20 peratus ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding 17 peratus yang dicatatkan pada 2014 didorong aktiviti ekonomi digital yang lebih meluas dalam kalangan sektor awam dan swasta serta peningkatan penggunaannya dalam kalangan rakyat tempatan.

Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK Malaysia meningkat dari tahun ke tahun dengan prestasi setakat 2014 sebanyak 17 peratus yang berkembang daripada 16 peratus pada tahun sebelumnya dan dijangka mampu mencatatkan pertumbuhan 18 peratus pada 2015.

Irwan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pengenalan pelbagai program keusahawanan tempatan oleh kerajaan yang menggunakan sistem digital sebagai platform pemasaran dan perkembangan perniagaan juga dilihat sebagai salah satu usaha berterusan bagi merancakkan penggunaannya dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, malah penggunaan teknologi digital dalam perkhidmatan yang digunakan oleh sektor awam turut membantu melancarkan operasi ketika berurusan dengan orang ramai.

“Bagi memastikan setiap rakyat Malaysia menjadi penyumbang dalam ekonomi digital ini, kerajaan menerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) turut melaksanakan pelbagai aktiviti galakan perniagaan kepada golongan B40 iaitu kelompok 40 peratus penduduk pendapatan terendah menerusi teknologi digital.

“Kita juga dapat melihat pada peringkat perkembangan terkini apabila banyak syarikat pemula menjadikan teknologi digital sebagai platform penting mengembang dan memasarkan produk mereka,” katanya selepas menghadiri seminar Laporan Pembangunan Bank Dunia 2016: Dividen Digital di sini, semalam.

Laporan Bank Dunia mengenai digital dividen itu menjelaskan mengenai perkembangan teknologi dividen digital serta manfaatnya terhadap ekonomi dunia. Dokumen itu turut menekankan keperluan bagi strategi pembangunan digital yang lebih meluas berbanding strategi teknologi maklumat serta pengkomputeran selain kepentingan mewujudkan persekitaran sewajarnya bagi perkembangan teknologi.

Mohd Irwan berkata, manfaat lain yang boleh diperoleh daripada penggunaan teknologi digital dalam perniagaan adalah usahawan tidak memerlukan suntikan pelaburan besar tetapi mampu menerima kesan posiitif yang besar dalam jualan.

Selanjutnya di : http://www.hmetro.com.my/node/121766#sthash.WEhBoFnw.dpuf

 

 

 

68 peratus rakyat Malaysia hutang tinggi

KUALA LUMPUR: Kaji selidik Manulife mendapati 68 peratus daripada rakyat Malaysia berhutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia, dan lebih dua kali ganda purata serantau sebanyak 33 peratus. Kaji selidik Indeks Sentimen Pelabur Manulife itu adalah berasaskan 500 temu bual di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Dalam satu kenyataan, Manulife berkata, purata hutang rakyat Malaysia ialah sebanyak RM56,000 iaitu hampir 10 kali purata pendapatan peribadi bulanan, sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan hidup harian (60 peratus), dengan bayaran sewa (44 peratus) dan pendidikan anak-anak (37 peratus). “Kebanyakan hutang itu adalah jangka panjang, dengan satu perempat daripada mereka yang berhutang tidak dapat membayarnya selama tiga tahun atau lebih. “Paras hutang yang tinggi mencerminkan pengurusan kewangan yang lemah, dan gagal mengurus aliran tunai dengan berkesan,” katanya.

AKPK

Sejumlah 89 peratus daripada responden Malaysia yang dikaji selidik memantau perbelanjaan mereka secara tetap, 44 peratus membelanjakan 70 peratus atau lebih daripada bulanan pendapatan bulanan mereka setiap bulan, yang menunjukkan mereka tidak memantau perbelanjaan untuk berjimat.

Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Holdings Group Bhd, Mark O ‘Dell, berkata pelabur perlu mengurus kewangan mereka dan mengesan perbelanjaan bagi menghalang mereka daripada menanggung hutang yang terlalu banyak, terutama ketika pasaran kewangan tidak menentu dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan “Tanpa pengurusan hutang yang berkesan, rakyat Malaysia kurang cenderung untuk mencapai matlamat simpanan jangka panjang, yang boleh menjejaskan jaminan kewangan masa depan mereka,” katanya. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/130350

Pengguna data perlu pastikan maklumat peribadi individu dilindungi

MASYARAKAT umum biasanya akan bertanya apakah sebenarnya data peribadi? Mengapa data peribadi perlu dilindungi? Mungkin masih ramai yang tidak menyedari kewujudan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan akta berkenaan. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bertujuan melindungi Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif setiap individu daripada sebarang bentuk pemprosesan oleh Pengguna Data tanpa melanggar tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi di Malaysia berhubung transaksi komersial selepas 15 November 2013.

Orang ramai perlu melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna oleh pengguna data. - Gambar hiasan
Orang ramai perlu melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna oleh pengguna data. – Gambar hiasan

APDP bukan sahaja akan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial sama ada secara kontrak atau tidak, malah terpakai bagi mana-mana orang yang memproses, menyimpan, mengawal selia atau membenarkan sesuatu pemprosesan sesuatu data peribadi. Kini, persoalan yang terlintas di fikiran kita sebagai orang awam ialah siapakah pihak yang bertanggungjawab mengendalikan data peribadi yang diberikan ketika seseorang ingin memohon pinjaman perumahan, kereta dan apa saja yang memerlukan pelanggan memberikan butiran data peribadi mereka.

Continue reading Pengguna data perlu pastikan maklumat peribadi individu dilindungi

TPP bukan lampu ajaib bagi nilai ringgit

PUTRAJAYA – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan lampu ajaib untuk menentukan peningkatan nilai mata wang negara di pasaran antarabangsa, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata turun naik mata wang negara banyak bergantung kepada pelbagai faktor antaranya harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi China serta persepsi hubungkait keduanya dengan ekonomi Malaysia.

TPP

“Sebenarnya, minyak hanya merupakan 8.5 peratus daripada ekport negara manakala eksport utama sebanyak 80 peratus merupakan barangan pembuatan.    Dagangan dengan China pula hanya 16 peratus, bukan 20 atau 30 peratus tetapi disebabkan persepsi, nilai ringgit kita banyak bergantung kepada faktor itu.

“Tetapi pada suku keempat tahun lepas apabila berlaku kemasukan modal ke dalam pasaran ekuiti telah menyebabkan sedikit peningkatan nilai ringgit,” katanya pada sesi taklimat bersama warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Continue reading TPP bukan lampu ajaib bagi nilai ringgit