Monthly Archives: April 2016

NATIONAL GST CONFERENCE 2016

Penyertaan adalah terbuka kepada semua syarikat atau individu yang berminat menyertai National GST Conference 2016┬ábertemakan “Ensuring Fiscal Sustainability With GST” anjuran PERKASA Malaysia dan CTIM yang akan berlangsung pada 31 Mei dan 1 Jun 2016 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Nikmati diskaun penyertaan awal sebelum atau pada: 30 April 2016

Sila muat turun borang penyertaan di sini: <<Brochure National GST Conference 2016>>

Agensi kerajaan mesti perkukuh integriti, kawalan dalaman

S: Apa pandangan Prof mengenai sistem pengauditan kewangan atau perbelanjaan yang diamalkan dalam jabatan, agensi dan kementerian kerajaan ketika ini, khasnya selepas seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan dituduh di mahkamah atas 32 tuduhan rasuah dan penipuan membabitkan hampir RM35 juta?

Kamil: Sistem kewangan dan pengauditan kewangan ketika ini sudah mencukupi. Bagaimanapun, amalan pelaksanaan sistem kawalan dalaman kewangan dan integriti di sesetengah agensi kerajaan masih lemah. Sebagai contoh seseorang pegawai yang berkuasa ke atas kewangan perlu dipusing ganti tugas setiap tiga tahun. Inilah yang dilakukan oleh organisasi bank. Pengurus sesuatu cawangan bank tidak boleh berada di cawangan sama untuk suatu tempoh lama kerana dikhuatiri dapat membina rangkaian yang akhirnya boleh menggugat integriti pengurus berkenaan. Dalam kes Kementerian Belia dan Sukan misalnya, kita dapati keberadaan pegawai berkenaan dalam agensi itu sudah agak lama. Tempoh itu sudah cukup untuk membina rangkaian yang boleh menggugat integriti. Seperkara lagi yang ingin ditekankan ialah kerja audit berlaku selepas urus niaga dibuat.

Integriti

Dalam erti kata lain, rasuah sudah berlaku sebelum audit dilaksanakan. Justeru, persoalan audit tidak timbul. Yang menjadi persoalan ialah kawalan dalaman. Bagi membendung gejala rasuah ini, kawalan dalaman kukuh serta integriti staf yang tinggi perlu wujud dalam setiap agensi. Juruaudit hanya mampu menasihati agensi berkenaan, maka ketua agensi harus bertindak bagi mengukuhkan kawalan dalaman masing-masing serta integriti staf di bawah kawalannya. Institut Integriti Malaysia (IIM) disarankan mengorak langkah untuk mengukuhkan integriti bukan sahaja dalam kalangan agensi kerajaan, tetapi juga agensi dan individu yang berurusan dengan agensi kerajaan. Harus diingatkan bahawa rasuah berlaku apabila dua pihak wujud dan bersetuju, iaitu pemberi dan penerima rasuah.

Continue reading Agensi kerajaan mesti perkukuh integriti, kawalan dalaman

Negara tua: Antara realiti dan harapan

MENJELANG 2035, Malaysia akan menjadi negara tua apabila penduduk berusia lebih 60 tahun merangkumi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara ketika itu. Adalah dianggarkan jumlah penduduk Malaysia akan mencapai 36 juta orang pada tahun itu nanti. Ini bermakna 5.4 juta orang terdiri daripada warga tua yang sudah pastinya menuntut perhatian yang begitu rapi daripada pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Jumlah ini adalah suatu angka yang cukup besar untuk ditangani dan wajar difikirkan mulai sekarang kerana negara belum berpengalaman menghadapi situasi seperti ini. Malaysia memasuki era negara tua hanya 15 tahun selepas bergelar negara maju, iaitu pada 2020.

Pengalaman dari negara maju pada hari ini dalam menangani isu berbangkit terhadap golongan warga tua ini adalah begitu penting untuk dipelajari sekarang. Pada masa kini jangka hayat masyarakat Malaysia semakin panjang berbanding zaman pada awal kemerdekaan dahulu kerana beberapa sebab. Antaranya kemudahan perkhidmatan kesihatan lebih baik, kesedaran pentingnya menjaga kesihatan meningkat dan peningkatan taraf hidup yang lebih baik berbanding 60 tahun lalu.

Tua

Tumpu dua asas utama

Dua asas utama yang wajar diberi perhatian dalam menangani golongan warga tua ini iaitu pembangunan prasarana minda dan pembangunan prasarana fizikal. Apa yang jarang diberi perhatian dalam masyarakat kita yang serba serbinya moden pada hari ini ialah persoalan nilai dan sistemnya. Jika diperhatikan dalam latar budaya negara, warga tua ini adalah golongan yang begitu sensitif dalam pelbagai aspek kehidupan dan perlu disantuni dengan sebaik mungkin dalam menyelesaikan sebarang masalah timbul berkait dengan kehidupan mereka. Golongan ini memerlukan kemudahan fizikal dan mental yang berbeza daripada golongan lain kerana faktor umur mereka itu.

Kemudahan tempat tinggal golongan tua, kemudahan penjagaan kesihatan, keperluan pakaian pakai buang dan seumpamanya diperlukan untuk meneruskan sisa-sisa usia mereka yang telah lanjut. Antara nilai yang semakin menjauh dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini ialah memberikan kasih sayang terhadap golongan warga tua. Golongan warga tua ini memerlukan perhatian, kasih sayang daripada keluarga, sahabat handai, tempat berbincang dan meluahkan perasaan dalam susah senang menghadapi hari tua mereka. Kasih sayang yang sebaiknya dari anak dan isteri atau suami dituntut oleh golongan ini untuk diberikan, terutama bagi mereka yang diletakkan di rumah orang tua.

Continue reading Negara tua: Antara realiti dan harapan