Monthly Archives: May 2016

Periksa dahulu sebelum percaya media baharu

Saya mempunyai genggaman pendapat di luar kotak apabila berbicara perihal media baharu kerana tidak semua yang dipropagandakan di media baharu itu tepat faktanya. Sebenarnya, media baharu nampak gah apabila duduk bersebelahan media arus perdana disebabkan oleh faktor komunikasi interaktif dan kepantasan.
Namun, kita tidak boleh menyalahkan generasi muda yang lebih cenderung untuk percaya kepada media baharu, kerana cara sesetengah media lama mengendalikan berita dan pendapat juga menjadi faktor kenapa mereka semakin dipinggirkan kebelakangan ini. Setiap ketika, media baharu akan menghadapkan kita dengan analisis, nombor, gambar rajah, skala peratusan dan kebarangkalian. Namun maaf, ada ketikanya amat jauh daripada kebenaran. Jika diperhalusi dengan baik – kenyataan dan sangkal-balas yang dikeluarkan, ada masanya tersasar jauh dari pundak masalah. Natijahnya, kita lemas terkapar dek gelombang maklumat yang antah berantah.
Media baru
Puncanya? Media baharu bukan lagi sekadar ingin menjadi penyampai berita paling mutakhir, tetapi juga sebagai medium untuk menjana dan mengukuhkan ideologi yang relevan dengan masyarakat hari ini. Perkara ini bukanlah mustahil, selagi media berpegang teguh pada paksi kebenaran, nescaya kredibiliti sebagai penyampai maklumat dan penjana minda akan tetap utuh di hati rakyat.
Walaupun pola politik masing-masing berbeza, matlamat tidak pernah menghalalkan apa-apa cara yang batil. Garis yang membezakan antara yang hak dan batil tidak pernah samar-samar. Apabila blogger memperdagangkan amanah dan kepercayaan yang diberi, akibatnya menjadi tanggungan beban kepada pelopor masa akan datang.

Continue reading Periksa dahulu sebelum percaya media baharu

Kebebasan tidak bersifat mutlak

Pada minggu lepas saya menulis mengenai tentangan sesetengah pihak berhubung ceramah yang diadakan oleh Dr Zakir Naik. Isu ceramah Dr Zakir masih hebat diperkatakan di media arus perdana mahupun media alternatif. Pada kali ini, saya masih menulis berkaitan dengan ceramah beliau.

Namun saya tidak berhasrat untuk mengulas inti pati ceramah beliau kerana ia telah banyak diperkatakan oleh khalayak awam di pelbagai media. Saya juga tidak akan menjuruskan penulisan berkaitan pemelukan Islam beberapa individu bukan Islam selepas ceramah beliau. Sesungguhnya hidayah itu datang daripada ALLAH SWT dan ceramah Dr Zakir itu adalah penyebab kepada anugerah hidayah tersebut.

Zainul Rijal

Apa yang saya ingin utarakan di ruangan ini ialah sifat tidak puas hati sebahagian orang Islam dan bukan Islam berhubung reaksi orang Islam bersatu dalam mempertahankan isu ceramah Dr Zakir.

Sesetengah golongan mendakwa umat Islam arus perdana baru sedar tentang hak asasi manusia berkaitan dengan kebebasan mengeluarkan pendapat apabila didesak agar ceramah Dr Zakir dibatalkan. Ia juga diakibatkan apabila Ketua Polis Negara pada awalnya membatalkan ceramah Dr Zakir di Melaka, namun kemudiannya membenarkan dengan tajuk ceramah diubah.

Continue reading Kebebasan tidak bersifat mutlak

Gabenor BNM akui GST, rasionalisasi subsidi banyak bantu negara

PUTRAJAYA: Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi diakui oleh Gabenor Bank Negara baharu Datuk Muhammad Ibrahim sebagai langkah berani yang diambil kerajaan untuk membantu negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam perbualan beliau dengan Muhammad baru-baru ini.

Gabenor

Menurut beliau, Muhammad berpendapat sekiranya langkah-langkah berkenaan tidak diperkenalkan, negara mungkin berdepan dengan nasib yang sama seperti Greece. Muhammad dilantik sebagai Gabenor Bank Negara kelapan berkuat kuasa 1 Mei bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang bersara selepas menerajui bank pusat itu selama 16 tahun. Najib berkata, sekiranya “ditarik atau ditolak” RM40 bilion daripada hasil negara setahun, ia akan memberi implikasi dan kesan kepada negara. “Jadi pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Continue reading Gabenor BNM akui GST, rasionalisasi subsidi banyak bantu negara

Pendidikan patut seiring perubahan dunia

SEORANG insan yang hidup masa kini, bukan manusia yang sama, yang hidup pada kurun ke-20 lalu. Demikian juga generasi baharu yang meningkat remaja dan dewasa sekitar umur 30 sekarang, bukan lagi sama dengan orang yang hidup pada abad lalu. Generasi sekarang ialah generasi siber, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mengalami perubahan radikal dari segi mental, emosi dan akal fikiran. Maka ketika berbicara, mendidik dan mengajar mereka, segala pendekatan, kaedah dan hujahan tidak lagi sama seperti dilakukan nenek moyang, guru dan orang kampung dahulu. Sebagai ibu bapa, guru dan pendidik, termasuk pimpinan negara dan politik hari ini, harus memahami realiti ini, kerana ada ibu bapa kini, malah guru dan pendidik sendiri yang nampaknya tersalah arah dalam mengajar dan mendidik anak-anak sekarang.
 Pendidikan
 Perubahan dalam jangka masa 60 tahun, meliputi setengah abad kedua kurun ke-20 dan satu dekad kurun ke-21, menghasilkan transformasi yang amat ajaib sekali bagi dunia. Penghuni dunia kira-kira dua bilion pada tahun 1950 kini mencecah bilangan yang berganda. Penghuni dunia kini lahir dalam zaman teknologi, termasuk ICT yang tiba-tiba muncul di depan mata dalam masa amat singkat.
Daya pemikiran manusia
Sejarah perkembangan dan pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan ICT membuktikan, semakin meningkat daya pemikiran serta penciptaan manusia, maka masa yang diambil dalam proses pembangunan menjadi semakin cepat. Proses pembangunan sektor pertanian dalam kehidupan manusia kuno mengambil masa ribuan tahun untuk mencapai tahap kesempurnaan. Kemudian pembangunan sektor perindustrian menyusul juga sudah memakan masa hingga ratusan tahun untuk sampai ke destinasinya yang mantap, walaupun tidak sepanjang masa diambil oleh pembangunan sektor pertanian. Namun, amat menakjubkan proses pembangunan ICT yang hanya baru berlaku pada pertengahan kurun ke-20 sudah sampai ke kemuncak kemajuannya dalam jangka masa kira-kira satu dekad sahaja pada kurun ke-21 ini.

Continue reading Pendidikan patut seiring perubahan dunia