Monthly Archives: June 2016

BREXIT tak jejas asas ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Keputusan Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau lebih dikenali sebagai Brexit, dijangka tidak memberikan kesan terhadap asas ekonomi jangka panjang Malaysia. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dagangan langsung antara Malaysia dengan United Kingdom (UK) adalah kecil iaitu sekitar 1.1 peratus daripada jumlah dagangan pada tahun lalu. Justeru, beliau berkata secara kasarnya, kesan langsung daripada keputusan Brexit terhadap aliran perdagangan antara Malaysia dengan UK boleh dianggap kecil.

“Namun, kita tidak boleh memandang ringan kerana sentimen peniaga juga memberi kesan terhadap dagangan antarabangsa. Sebagai contoh, Indeks Pengurus Belian (PMI) Global bagi sektor perkilangan sudah pun merosot kepada 50 mata pada bulan Mei lalu berbanding 50.1 mata pada bulan sebelumnya. “Oleh itu, sentimen yang lemah dijangka boleh memberi kesan kepada prestasi ekonomi,” katanya semasa dihubungi BH bagi mengulas keputusan pungutan suara Jumaat lalu, yang menyaksikan UK mengundi untuk keluar daripada EU yang disertainya sejak 1973. Felo Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zulkiply Omar berkata, keputusan yang dibuat oleh rakyat negara ekonomi kelima terbesar dunia itu mungkin hanya akan menyaksikan aliran perdagangan antara Britain dan Malaysia menerima kesan jangka pendek.

People walk over Westminster Bridge wrapped in Union flags, towards the Queen Elizabeth Tower (Big Ben) and The Houses of Parliament in central London on June 26, 2016. Britain's opposition Labour party plunged into turmoil Sunday and the prospect of Scottish independence drew closer, ahead of a showdown with EU leaders over the country's seismic vote to leave the bloc. Two days after Prime Minister David Cameron resigned over his failure to keep Britain in the European Union, Labour leader Jeremy Corbyn faced a revolt by his lawmakers who called for him, too, to quit. / AFP PHOTO / Odd ANDERSEN

Namun, tegasnya, perkembangan itu dijangka tidak akan memberikan kesan jangka panjang aliran perdagangan antara kedua-dua belah pihak. “Begitu juga dengan pelaburan dua hala antara kedua-negara, ia dijangka tidak memberi kesan yang keterlaluan untuk jangka panjang kerana asas ekonomi masih tidak berubah,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata, aliran modal jangka pendek berkemungkinan besar akan menerima kesan, khususnya di dalam tempoh ketidaktentuan dan peralihan yang dialami hasil daripada keputusan referendum berkenaan. “Sungguhpun demikian, sektor perbankan di negara ini akan kekal kukuh kerana dijangka tidak dipengaruhi secara ketara oleh kesan Brexit.

Continue reading BREXIT tak jejas asas ekonomi Malaysia

JKDM rampas 11.3 tan mercun dalam tempoh 2 bulan

Kota Kinabalu: Sebanyak 11.3 tan mercun pelbagai jenis dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara sepanjang dua bulan lalu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, meskipun tiada operasi khusus, pihaknya menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara sejak April lalu. Katanya, kebanyakan mercun yang dirampas dikategorikan sebagai berbahaya.

“Untuk makluman, sehingga hari ini, kastam sudah merampas 11,300 kilogram (11.3 tan) mercun pelbagai jenis. Kita tidak buat apa-apa operasi khusus, sebenarnya kami menjalankan operasi membenteras sejak dua bulan lalu dan secara berterusan. Untuk operasi bersempena Aidilfitri ini, kita sudah menggerakkan anggota JKDM sejak dua bulan lalu,” katanya.

mercun

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa JKDM Sabah di Perumahan Kastam Sabah Jalan Sepanggar, hari ini. Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok.

Khazali berkata, pihaknya berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa.

Selanjutnya di http://www.hmetro.com.my/node/147221

Kerajaan komited pastikan hutang negara tak lebih 55 peratus KDNK

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memastikan kedudukan hutang tidak melebihi paras berhemat 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, artikel yang disiarkan oleh Nikkei Asian Review pada 3 Jun 2016 berkaitan kedudukan hutang negara didapati tidak berasas.

“Hingga akhir 2015, hutang Kerajaan Persekutuan yang merangkumi hutang domestik dan hutang luar pesisir mencatat RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada KDNK. “Daripada jumlah ini, 97 peratus adalah hutang domestik manakala bakinya adalah hutang luar pesisir. Oleh itu, pendedahan terhadap risiko pertukaran mata wang asing adalah rendah,” katanya.

kdnk

Katanya, kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada sekitar 53 peratus daripada KDNK pada tahun ini berikutan langkah pengukuhan fiskal yang berterusan dan pindahan sebahagian hutang berkaitan skim pinjaman perumahan penjawat awam kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Menurut kementerian itu, kerajaan juga akan sentiasa memastikan keperluan pembiayaan dan obligasi bayaran khidmat hutang dilaksanakan pada kos yang minimum. “Defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015 mencatat 3.2 peratus daripada KDNK dan dijangka terus berkurangan kepada 3.1 peratus pada tahun 2016.

“Selain mengurangkan paras defisit secara berperingkat, langkah konsolidasi fiskal akan turut mengurangkan paras hutang. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mencapai bajet berimbang pada tahun 2020,” katanya. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161782

Perkukuh hubungan sesama insan semasa Ramadhan

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini perlu mengambil peluang bersempena bulan Ramadan untuk memperkukuhkan hubungan sesama insan khususnya yang kurang berkemampuan, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, dalam perutusan Ramadannya, berkata umat Islam sememangnya dituntut untuk mempertingkatkan sumbangan dan khidmat kepada mereka yang memerlukan pada bulan yang mulia ini.
“Kita bersyukur kerana umat Islam di Malaysia sentiasa dapat menyumbang dan membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dari dalam dan luar negara. “Melalui sumbangan ini, kita bersama dapat merasai kesusahan golongan yang tidak berkemampuan dan puasa ini sebenarnya mampu meningkatkan tahap insan manusia untuk berkongsi rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka dengan golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.
Perutusan perdana menteri bersempena menyambut bulan Ramadan itu dimuat naik di laman web www.najibrazak.com hari ini. Najib juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengambil peluang bersempena Ramadan untuk mengukuhkan aspek kerohanian bagi mencapai kejayaan dalam aspek kehidupan yang lain. Ibadah puasa, katanya, telah terbukti dapat melatih manusia supaya sentiasa bersabar untuk menghadapi sebarang bencana dan pergolakan hidup. “Bahkan, puasa juga melatih kita agar menepati masa terutamanya ketika bersahur dan berbuka puasa,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap agar Ramadan tahun ini dapat mengangkat ketakwaan umat Islam melalui ibadah berpuasa. “Semoga negara kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. “Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa,” katanya. – BERNAMA