Monthly Archives: July 2016

PERKASA GOLF CHALLENGE 2016

Penyertaan adalah dipelawa kepada individu dan syarikat ke KEJOHANAN PERKASA GOLF CHALLENGE 2016 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Ogos 2016

Masa: 7.30 pagi

Tempat: Bukit Kemuning Golf & Country Resort Shah Alam, Selangor

TARIKH TUTUP KEJOHANAN: 3 OGOS 2016

Sila muat turun borang di sini:

<< Pakej Penajaan PERKASA Golf Challenge 2016 >>

<< Borang Penyertaan Individu PERKASA Golf Challenge 2016 >>

<< Aturcara Program PERKASA Golf Challenge 2016 >>

Budaya bodek di tempat kerja: Mainan pekerja tidak berkualiti

Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.

“Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.”Perlu ditekankan, bodek boleh berlaku kerana  seseorang individu itu  tiada kualiti, kurang ilmu dan kemahiran, kurang tanggungjawab dan malas. Untuk mewujudkan situasi ‘menjaga hati’  bos atau majikan  mesti ada tetapi  profesionalisme mesti mengatasi segalanya,”

Mengapa ada individu yang tidak tahu hendak bekerja secara  profesional tetapi gemar membodek?

Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail berkata, persoalan itu berlaku kerana pekerja di dalam situasi tersebut tidak memahami tugasan dengan sebetulnya ketika di pejabat, tidak bertanggungjawab tetapi ingin mendapat perhatian lebih.

Menurutnya, seseorang pekerja itu tidak tahu hendak berbuat apa-apa berikutan tidak berilmu, kemahiran, kreativiti serta proaktif, melainkan hanya tahu menunggu arahan daripada bos atau penyelia.

 

“Oleh kerana hendak menjaga hati bos dan majikan, maka dia membodek. Ini berbeza dengan seseorang yang jelas tugasannya dan profesional. Pekerja sebegini tidak bergantung atau perlu membodek bos atau majikan, kerana hasil kerja sudah terserlah cemerlang berdasarkan kepada tugasan yang diberikan,” ujar Prof Ahmad dalam memberi pandangan beliau berhubung amalan bodek di pejabat.

Tegasnya, sepatutnya perbuatan bodek membodek tidak perlu berlaku kerana setiap individu yang terlibat di dalam sesebuah organisasi perlu profesional dalam kerja walaupun hubungan kemanusiaan itu wajib ada.

“Berbalik kepada peringkat sekolah dan universiti. Pelajar dilatih mengikut kurikulum yang dibina khas untuk pembangunan  sumber manusia dan keperluan profesional negara untuk masa depan.

“Sistem pendidikan mempunyai takwim, panduan, skim, sistem dan kriteria khas mengenai penyampaian kurikulum, penilaian dan pengredan atau pemarkahan. Dalam sistem pendidikan, isu bodek untuk pemarkahan tidak timbul. Setiap pelajar sepatutnya tahu berapa
markah yang beliau dapat dan sejauh mana dia perlu berusaha untuk mencapai markah yang diperlukan.

“Bahkan kurikulum di universiti mengajar penuntut supaya berdikari mencari maklumat, menganalisis dan membuat tafsiran manakala pensyarah memberi panduan mencari maklumat, menganalisis maklum balas pelajar dan menilai pencapaian mereka berasaskan  tugasan diberikan dan masa yang diberikan,” ujar beliau.

Prof Ahmad berkata, itulah proses membentuk profesionalisme yang diterima generasi muda. Jika seseorang itu selesa membodek sejak peringkat belajar, maka ini akan menjadi kebiasaan individu itu akan membodek ketika dia bekerja kelak. Ini menyebabkan berlaku kes kerja tidak selesai, curi tulang, dan pencapaian diragukan.

“Ini tidak menggambarkan profesionalisme. Budaya bodek, menipu, belas kasihan hanya akan menghasilkan generasi yang tiada integriti, malas, menyeleweng dan rasuah.

“Perlu ditekankan, bodek berlaku kerana seseorang individu itu tiada kualiti, kurang ilmu dan malas. Untuk mewujudkan situasi ‘menjaga hati’ bos dan majikan itu mesti ada, tetapi profesionalisme mesti mengatasi segalanya,” ujar Prof Ahmad.

Justeru, katanya, untuk mengelak bodek, tugasan kena jelas dan bertanggungjawab serta dinilai pada akhir masa yang ditetapkan berasaskan sistem yang ada. Setiap pekerja sudah ada senarai semak kerja harian, mingguan atau bulanan dan perlu dilaporkan kepada majikan atau ketua mereka,” akhiri Prof Ahmad.

Continue reading Budaya bodek di tempat kerja: Mainan pekerja tidak berkualiti

Peratus kenaikan gaji dan prestasi ekonomi semasa

PENULIS ada bertanya kepada beberapa rakan mengenai persoalan di atas dan kebanyakan daripada mereka menjawab 5%. Ada juga yang menggeleng kepala dan menjawab kosong peratus. Jawapannya tinggi sedikit; gaji penengah pekerja di Malaysia naik 6.5%, ataupun 4.4% setelah ditolak kadar inflasi.

Jika anda berasa ia ‘boleh tahan’, jangan lupa bahawa ia adalah bersamaan dengan kenaikan RM100 sebulan, daripada gaji penengah RM1,500 sebulan pada tahun 2014 kepada RM1,600 pada tahun lepas. Ya, RM100 sebulan.

Menurut Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2015 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Negara akhir bulan lepas, separuh daripada pekerja di Malaysia menerima gaji kurang dari RM1,600 sebulan.

Pekerja di Sabah berada di kedudukan yang paling teruk dengan gaji penengah berjumlah RM1,100 pada tahun lepas, ataupun hanya RM300 lebih daripada paras gaji minimum mereka. Nasib pekerja yang bergaji sedikit bukan hanya fenomena di Sabah, malah di hampir kesemua negeri.

Hanya di Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur sahaja gaji penengah melepasi paras RM2,000 sebulan, manakala Putrajaya memperoleh gaji penengah tertinggi, iaitu RM2,967 sebulan. Tidak ada satu negeri pun di mana pekerjanya mendapat gaji penengah melebihi paras RM3,000 sebulan!

duit

Negeri yang kaya dan maju seperti Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur juga tidak menggambarkan bahawa pekerjanya mendapat gaji yang lumayan. Sebagai contoh, hampir separuh daripada pekerja di Pulau Pinang menerima gaji bulanan kurang dari RM1,700; Selangor, RM2,175 dan Sarawak, RM1,260 sebulan. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM60 berbanding tahun sebelumnya. Malah, negeri terkaya di Malaysia, Kuala Lumpur pun separuh daripada pekerjanya mendapat gaji kurang daripada RM2,200 sebulan.

Tidak semua pekerja mendapat kenaikan gaji sebanyak 6.5%. Jika diteliti peningkatan gaji pekerja di negeri yang kaya dan maju seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, gaji mereka langsung tidak bertambah. Gaji penengah di kedua-dua buah negeri ini pada tahun 2015 adalah sama seperti tahun 2014, tidak berganjak walaupun satu peratus.

Negeri yang kurang maju seperti Kedah juga menerima nasib yang hampir sama di mana pekerja penengah di negeri jelapang padi itu menerima kenaikan sebanyak RM20 pada tahun lepas. Malah, jika ditolak dengan kadar inflasi, pendapatan sebenar mereka merosot. Tidak hairanlah yang teruk terjejas adalah mereka yang tinggal di ibu kota. Manakan tidak, gaji tidak naik, tetapi kos sara hidup melonjak secara mendadak.

Pada tahun lepas, kadar tol naik hampir 30% dan tambang LRT dan komuter naik di antara 36% hingga 57%. Ini belum termasuk lagi dengan kenaikan harga makanan. Pada masa sama, subsidi makanan seperti padi dan tepung juga telah dihapuskan.

Mengapa ini berlaku? Nasib yang menimpa para pekerja bukanlah suatu misteri. Jika dilihat, ekonomi negara, walaupun masih berkembang, tetapi  mengucup sedikit pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya, daripada 6% kepada 5%. Prestasi sektor korporat tidak memberangsangkan yang mana pendapatan korporat jatuh 12.1% pada tahun 2015 berbanding hanya 1.9% pada tahun 2014.

Ini memberi impak besar kepada pekerja, yang mana peratusan mereka tidak bekerja telah meningkat sebanyak 9.2% pada 2015. Lebih teruk lagi, peratusan pekerja yang telah diberhentikan meningkat 49% pada 2015 berbanding 2014, tertinggi sejak tahun 2010. Persoalannya sekarang, adakah tahun 2016 akan memberi harapan dan sinar baharu untuk para pekerja di negara bertuah ini? Jawapannya bukan manis, tetapi pahit.

Prestasi ekonomi dunia dan negara dijangka berkembang pada paras lebih rendah berbanding 2015. Malah, ekonomi negara hanya mampu berkembang pada kadar 4.2% pada suku pertama tahun ini, peningkatan yang terburuk sejak enam tahun lalu.

Jualan runcit juga jatuh 4.4% pada suku pertama tahun ini, berbanding peningkatan 4.6% pada tahun lepas. Pasaran buruh masih lemah, jumlah mereka yang tidak bekerja semakin meningkat sepanjang lima bulan pertama tahun ini. Pendapatan korporat pada suku pertama tahun ini juga berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Sekilas pandang, harapan kenaikan gaji yang lebih tinggi untuk tahun 2016 adalah amatlah tipis sekali.

Harapan penulis hanya satu, janganlah lagi rakyat dibebankan dengan kenaikan tol, kadar elektrik, air, dan sebagainya. Lupakan sebentar niat untuk menaikkan harga, setidak-tidaknya sehingga ekonomi negara kembali pulih dan gaji pekerja meningkat sedikit.

Muhammed Abdul Khalid

Selanjutnya di: http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/berapa-kenaikan-gaji-tahun-lepas-1.539453

Continue reading Peratus kenaikan gaji dan prestasi ekonomi semasa

Aidilfitri, gajet dan baju Melayu

Hari ini, genap enam hari kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Kita boleh menyambut hari raya dalam suasana aman dan sejahtera, tidak kira sama ada seseorang itu beraya di kampung, bandar atau di tengah lautan menjaga perairan negara. Penulis sendiri beraya di kampung di Sarawak, tetapi hari raya pada zaman moden ini tidak seceria Aidilfitri ketika zaman remaja.
Remaja sekarang ini jauh bezanya. Mereka akan rasa seronok bersendirian asalkan bertemankan telefon pintar. Mereka sudah tidak selesa untuk menemankan ibu bapa pergi bersalam ke rumah saudara mara, sebaliknya lebih seronok untuk pergi sendiri atau bersama kelompok segenerasi dan kemudian lepak bersama. Malah, penggunaan media sosial yang sememangnya tidak dapat dielakkan, membuatkan masyarakat kini kelihatan semacam antisosial. Di kedai kopi, malah ketika berkunjung ke rumah sanak saudara sekali pun, mereka asyik bermain dengan gajet masing-masing, sama ada berkomunikasi melalui WhatsApp, mengemas kini Facebook, Instagram atau seronok dengan permainan, sehingga mengabaikan orang lain yang berada bersebelahan atau berhampiran.
 raya
Kita berkomunikasi dengan orang jauh melalui alam maya tetapi kita lupa bahawa kita mengabaikan komunikasi dengan orang yang berhampiran dengan kita. Tradisi kad raya pada zaman serba canggih ini hampir lenyap, kerana kita lebih suka menghantar ucap selamat Aidilfitri melalui aplikasi WhatsApp. Sama ada disedari atau tidak, budaya kunjung mengunjungi rumah terbuka juga semakin berkurangan. Sekarang, jika bukan sanak saudara atau kawan yang dikenali, orang kita tidak lagi berkunjung ke rumah terbuka. Sesetengahnya kelihatan lebih suka bertemu atau berbual di kedai kopi, warung, tepi jalan raya atau di padang sukan.

Continue reading Aidilfitri, gajet dan baju Melayu