Monthly Archives: August 2016

Harga kemerdekaan amat mahal tak ternilai

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-59 tanah air tercinta, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat seluruh saudara setanah air.

Tarikh bersejarah 31 Ogos 1957 adalah detik penting untuk sama-sama kita syukuri dan hayati. Sesungguhnya harga kemerdekaan amat mahal tak ternilai.

merdeka

Tidak sedikit darah dan air mata perjuangan yang mengalir sepanjang empat abad perjuangan pembebasan tanah air ini , yang dicatat sejarah seawal abad ke-16 dengan Perang Melaka-Portugis.

Dengan semangat keinsafan yang penuh kesyukuran ini, marilah kita bermuhasabah dan pertanyakan dengan ikhlas; sejauh manakah kita sebagai warganegara telah setulennya melaksanakan amanah dan tanggungjawab mengisi kemerdekaan dan pembinaan negara yang bebas lagi berdaulat.

Kemerdekaan dan Kebebasan

Kemerdekaan amat terkait dengan kebebasan dan misi pembebasan.

Dalam tradisi Islam seperti yang dibahaskan oleh para ulama dalam perbicaraan berkaitan konsep ‘hurriyyah’, kemerdekaan merupakan lawan kepada perhambaan.

Namun lebih daripada itu, ‘rajulun hurrun’ yakni insan yang bebas  menurut tafsiran ulama’ bukan sekadar bermaksud bebas dari cengkaman sebagai hamba abdi, bahkan bebas sering digandingkan dengan kalimah ‘karim’  yang bermaksud kemuliaan.

Justeru  ‘al hurr al karim’ membawa konotasi bahawa seseorang itu bukan sekadar perlu merdeka dari perhambaan, tetapi mestilah hidup mulia dengan penuh kehormatan seperti yang disimpulkan oleh Hashim Kamali sebagai “a true gentleman, a person who is pure in his human dignity, a person of integrity possesing a free conscience unrestrained by material considerations”.

Dalam erti yang setulusnya, kemerdekaan turut terkait rapat dengan maruah dan kehormatan, baik maruah insaniah sebagai individu mahupun maruah sebuah bangsa dan negara.

‘Give me liberty, or give death! ‘, begitulah ucapan mashyur pejuang kemerdekaan Amerika Syarikat,  Patrick Henry yang menggambarkan betapa orang sanggup mati bagi menghirup udara kebebasan dan demi sebuah hidup yang bermaruah!

Di Uruguay, slogan kemerdekaan dengan makna seerti –  ‘Libertad o con gloria morir – diabadikan dalam bait lagu kebangsaannya.

Dalam hubungan ini, pejuang-pejuang heroik kemerdekaan tanah tumpah darah kita sendiri telah membuktikan kesanggupan mereka mempertahankan maruah negara, agama dan bangsa dengan nyawa.

Negara Bermaruah

Namun dalam era pasca kolonial, maruah bangsa, seperti yang diamati oleh Syed Hussein Alatas bukan lagi dibelenggu dan diragut oleh penjajah asing tetapi dek pemimpin anak bangsa sendiri yang bermakar siang malam untuk menipu rakyat dan merompak khazanah negara.

Walhasil, rakyat yang berjiwa merdeka, bermaruah dan patriotik ialah rakyat yang melaksanakan amanah  mempertahan hak-hak miliknya agar tidak dirampas oleh sesiapa pun, apatah lagi oleh pemimpinnya sendiri.

Dalam kata lain, rakyat yang merelakan haknya dicabul, hasil mahsulnya dirompak, kebebasan hakikinya dibelenggu dan maruah negaranya diperlekeh di mata dunia sebenarnya menderita penyakit jiwa hamba dan gagal melaksanakan amanah mengisi kemerdekaan yang diwariskan oleh generasi pendahulu.

Pembebasan dan Pencerahan

Dalam sejarah, misi pembebasan dari jiwa hamba dan penyerahan abadi kepada Sang Firaun inilah yang menjadi misi besar Nabi Musa ke atas kaumnya Bani Israil.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, dan Kami perintahkan kepadanya: ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap-gelita kepada cahaya terang-benderang, dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah” (Ayat 5: Surah Ibrahim)

Hakikatnya, Islam merupakan agama yang membawa misi tahriri-tanwiri (pembebasan dan pencerahan), membebaskan manusia dari pengabdian sesama manusia dan mencerahkan mereka dari gelap gelita kezaliman, bila pun dan di mana sekalipun.

Pengajaran sejarah jatuh bangun tamadun dan peradaban seharusnya mendidik  kita untuk mempertahankan bermati-matian maruah kemerdekaan kita.

Omong-omong berbaur ugutan bahawa perjuangan menuntut maruah dan hak kebebasan yang dijamin hanya membawa kepada silang sengketa, api permusuhan dan kucar-kacir hanya lahir dari pemikiran despotik dan politik desperado warisan penjajah.

Bahkan sebaliknya, yang membikin ribut dan mencetuskan resipi huru-hara dalam negara yang akhirnya menjurus kepada ‘political decay’ ialah kegagalan urustadbir negara, tercemarnya kedaulatan undang-undang dan tercabutnya akauntabiliti antara pemerintah  dan rakyat.

Masa Depan Kita

Atas keinsafan inilah, ABIM menyeru seluruh saudara setanah air agar berganding bahu dan bermuafakat mengeluarkan negara dari kemelut yang menyesakkan nafas kemerdekaan dan udara keharmonian yang seharusnya dinikmati oleh setiap individu merentas etnik, agama dan kecenderungan.

Marilah kita bersama-sama, dengan jiwa merdeka dan semangat baru  mengangkat kembali maruah negara yang kian tercemar dan membina masa hadapan dalam bingkai kesatuan Bangsa Malaysia yang kita dambakan.

Ayuhlah generasi muda, kita menjayakan fasa baru pembinaan Bangsa Malaysia dengan pemikiran dan sikap yang lebih rasional-inklusif dan tatacara hidup berpaksikan nilai, prinsip dan etika yang bakal melambangkan realiti sebenar keluhuran akal budi pencinta negara bertuah ini.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-59. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

***Mohamad Raimi Ab.Rahim merupakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia.

Selanjutnya di http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/harga-kemerdekaan-amat-mahal-tak-ternilai-1.558269

Continue reading Harga kemerdekaan amat mahal tak ternilai

Merdeka bebas belenggu hawa nafsu

KEBEBASAN sebenar ialah bebas daripada belenggu hawa nafsu dan benar-benar merasai nikmat kehambaan kepada Allah SWT. Bebaskan diri daripada belenggu perhambaan kepada manusia, syaitan dan kejahatan dalam erti kata merdeka yang sebenar.
Menerusi segmen Ibrah di IKIMfm, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menjelaskan maksud ayat dalam surah Quraisy merujuk kepada kaum diutuskan kepada mereka, Nabi Muhammad SAW akan mengajar kita erti kemerdekaan sebenar. Katanya, kita sedia maklum sikap golongan Quraisy kepada Nabi Muhammad SAW, namun Allah SWT merakamkan nama mereka dalam satu surah khas supaya menjadi pengajaran kepada umat selepas itu. Quraisy pada waktu dahulu adalah bangsa yang mulia. Ulama membahaskan, nama Quraisy ini berasal daripada perkataan Qarasy yang bermaksud sejenis ikan yang memakan ikan lain dilaut dan dia tidak boleh dimakan oleh pemangsa lain. Begitulah gambaran mengenai bangsa Quraisy ini.
Menurut al-Zamakhshari, memang wajar digelar Quraisy kerana kepakaran dan keupayaan mereka menguasai bidang perniagaan turut diambil daripada perkataan qurusy yang bermaksud pakar dalam berniaga. Allah SWT memberikan mereka pelbagai nikmat, termasuk nikmat kemerdekaan dan bebas daripada ancaman musuh serta diberikan kemajuan dalam perniagaan.
Namun, apakah sikap mereka selepas dikurniakan pelbagai nikmat itu? Bangsa Quraisy enggan sujud Memetik ayat pertama surah Quraisy yang bermaksud, kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah), Muhammad Syaari berkata, berlaku satu peristiwa yang membuatkan bangsa Quraisy bersatu hati sehingga membuatkan hati mereka lembut untuk tidak bergaduh dan kembali bersatu. Namun, kesatuan hati demi keamanan negara itu tetap tidak mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT.
Menariknya dalam surah Quraisy juga terdapat perkataan ‘Rabb’ pada ayat ketiga yang bermaksud: “Maka hendaklah mereka menyembah kepada Tuhan Rumah ini.” Selepas apa yang dikurniakan Allah SWT kepada kaum Quraisy dengan kemajuan dan kejayaan perniagaan, mereka masih enggan beribadah kepada Allah SWT. Perkataan ‘Rabb’ mengingatkan kita bahawa Allah SWT adalah Maha Pemberi. Dia memberi segala apa yang tidak kita minta, apatah lagi yang kita minta. Allah SWT juga Maha Pemelihara kerana memelihara segala nikmat yang kita miliki sekalipun kita kufur kepada Nya dan Allah SWT adalah pemilik segala-galanya.
Perkataan menyembah bukan semata-mata menyembah, bahkan kita merasai nikmat kehambaan ketika solat dan melakukan ibadah lain. Kita juga perlu merasakan sifat kehambaan kepada Allah SWT dalam kehidupan sekalipun di luar daripada ibadah. Melihat kepada apa yang berlaku di negara Islam seperti Palestin yang sering bergolak serta menjadi mangsa bedilan Zionis, kita harus bersyukur dengan nikmat keamanan dikurniakan Allah SWT kepada negara tercinta Malaysia.
Hargai nikmat keamanan Kita perlu bermuhasabah dan menggunakan nikmat keamanan ini untuk benar-benar lebih dekat kepada Allah SWT. Sebenarnya kita susah untuk khusyuk kepada Allah SWT dalam solat jika kita tidak tahu berterima kasih kepada-Nya. Menerusi surah al-Fatihah, kita diajar untuk mengenang dahulu apa yang sudah Allah SWT beri dan baru mudah untuk kita mengiktiraf Allah SWT sebagai ‘Rabb.’
Semoga apa yang Allah SWT rakamkan menerusi surah Quraisy ini dapat benar-benar menjadi iktibar buat kita. Hargai peluang keamanan dan kesejahteraan negara kita yang Allah SWT kurniakan ini untuk menjadi hamba yang lebih dekat kepada-Nya. Semoga merdeka tidak menjarakkan kita daripada-Nya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188343

ICT tingkat kemahiran berfikir

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) berupaya mewujudkan persekitaran realistik yang interaktif dan menyeronokkan.

Menerusi ICT, pelajar mampu menjana pembinaan daya kreativiti dan inovasi, selain cekap menggunakan teknologi untuk mengakses maklumat daripada pelbagai sumber sejajar perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.

Antara penggunaan ICT dalam proses P&P ialah pembelajaran secara tutorial, penerokaan aplikasi dan komunikasi. Hasilnya, pelajar yang berada di bilik darjah mampu berkomunikasi hingga ke peringkat global sama ada secara dua hala atau lebih.

ict

Suasana P&P juga menjadi lebih menarik melalui penggunaan elemen ICT seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang mampu meningkatkan tahap kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah, seterusnya membuat keputusan.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Komputer Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Dr Nor Azura Husin berkata, kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah sangat perlu bagi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Ia antara usaha bersepadu yang perlu dilaksanakan segera bagi mempertingkatkan kemampuan P&P berintegrasikan ICT selaras keperluan pendidikan masa kini.

“Satu ketika dulu, kita tidak terfikir pun untuk belajar atau mengajar menggunakan kaedah ini (ICT). Tetapi kini, sesuatu yang janggal pula kalau kita tidak menggunakan kaedah ini.

“Zaman sudah berubah. ICT bukan lagi keperluan sampingan tapi menjadi keutamaan untuk menyokong proses agar P&P lebih mudah dan berkesan,” katanya.

Continue reading ICT tingkat kemahiran berfikir

Perkukuh benteng patriotisme, jati diri

PELBAGAI insiden dan polemik yang menyentuh mengenai bangsa semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Menggunakan perantara media sosial, tuduhan, fitnah, adu domba, malah kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya kian berleluasa. Sudah wujud generasi kini yang ‘malu’ untuk mengaku sebagai orang Melayu. Malah bertutur, pelat dan gaya Inggeris.
Pelbagai provokasi mewujudkan keganasan persepsi melalui media sosial yang jika tidak dikawal boleh mengundang pelbagai reaksi dan tindakan negatif yang mengancam perpaduan Malaysia selama kini, sedangkan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa Melayu khususnya terpahat sejak zaman Melayu Melaka sehingga ke Majapahit dan Tanah Besar China. Semuanya terpahat sebagai bingkisan sejarah. Persoalannya, sejauh mana rakyat peribumi menghayati segala kegemilangan ini? Masih ingat lagi nama-nama besar bangsa Melayu yang tersohor dan terbilang?
KUALA TERENGGANU 15 AUGUST 2016. Seramai 100 orang pendaki yang terdiri daripada pemuda UMNO Hulu Terengganu dan Pejabat DUN Ajil menyertai pendakian merdeka sambil mengibarkan jalurgemilang di Bukit Besar. NSTP/ASWADI ALIAS.
KUALA TERENGGANU 15 OGOS 2016. Seramai 100 orang pendaki yang terdiri daripada pemuda UMNO Hulu Terengganu dan Pejabat DUN Ajil menyertai pendakian merdeka sambil mengibarkan jalur gemilang di Bukit Besar. NSTP/ASWADI ALIAS.

 

Usaha menjejaki kegemilangan bangsa perlu berterusan dan dijadikan warisan bangsa yang cukup tinggi nilainya. Jangan nanti generasi baharu lupa asal usul dan akar budaya sendiri. Peribahasa Melayu mengatakan ‘di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung’. Di mana pun kita berada, kita perlu menghormati budaya dan menjunjung Perlembagaan, undang-undang dan dasar kerajaan. Kita juga perlu menginsafi asal usul serta siapa kita di masa dahulu, sekarang dan akan datang. Tanpa menginsafi lakaran sejarah serta menghayati roh kesungguhan bangsa, kita akan alpa dan mungkin hanyut di bawah arus permodenan.

Kekal jati diri, maruah bangsa
Jangan dek kemewahan dan kesenangan yang kita kecapi, kita meremehkan persoalan kekentalan jati diri, sedangkan mengekalkan jati diri dan maruah bangsa menjadi resipi ampuh serta benteng kestabilan negara. Tanpa rentetan sejarah, kita tidak mampu menghayati serta menginsafi jasa pejuang bangsa dan pemimpin terdahulu yang berjuang demi kemerdekaan.

Continue reading Perkukuh benteng patriotisme, jati diri

NBOS bantu Malaysia tangani cabaran globalisasi

 

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membantu Malaysia menangani pelbagai cabaran globalisasi termasuk ancaman kumpulan militan IS. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata inisiatif memperluas kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menjadi teras dalam mengurangkan kesan ancaman militan. “Kerjasama termasuk perkongsian tanggungjawab menerusi rondaan bersama bertujuan mempertingkatkan kawalan keselamatan di pusat bandar, terutamanya kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘panas’. “Perkongsian maklumat antara ATM dan PDRM menerusi NBOS yang turut dibantu penyertaan masyarakat itu bertujuan meningkatkan keselamatan awam. “Zaman agensi bekerja secara sendiri sudah berlalu dan bekerjasama adalah cara terbaik dalam menghadapi pelbagai cabaran kompleks dihadapi hari ini,” katanya.
PUTRAJAYA, 16 Ogos -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika perbincangan mengenai "Creating Blue Oceans in National Development" sempena Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.?Turut hadir Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani (dua, kiri) Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland (dua,k anan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA  *** Local Caption ***
PUTRAJAYA, 16 Ogos — Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika perbincangan mengenai “Creating Blue Oceans in National Development” sempena Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.?Turut hadir Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani (dua, kiri) Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland (dua,k anan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri).
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau berkata demikian sebagai panel sesi pertama plenari Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru (ICBOS) bertajuk ‘Mewujudkan Lautan Biru dalam Pembangunan Nasional’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Hishammuddin berkata, NBOS turut membantu pembangunan modal insan yang mampu menyumbang kepada semangat kenegaraan yang tinggi. “Dengan meningkatkan semangat kenegaraan, cabaran mempertahankan negara daripada ancaman seperti IS akan lebih mudah,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/183778

 

GESA KERAJAAN TAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN KASTAM

 

14 Ogos 2016. PUTRAJAYA – Persatuan Pegawai Kanan Kastam memohon kepada kerajaan untuk menambah baik skim perkhidmatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selaras dengan kepentingan fungsinya sebagai jabatan pengutip hasil negara.

Presidennya, Mohd Noor Yusoff berkata permohonan tersebut adalah sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang mengiktiraf JKDM sebagai wira ekonomi negara melalui pelaksanaan tahun pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Inilah masanya kecemerlangan JKDM diiktiraf oleh kerajaan dengan menambah baik skim jabatan ini,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Pegawai Kanan Kastam di sini hari ini.

Sidang Media3

Antara perkara yang diminta persatuan itu untuk ditambah baik ialah tambahan kepada kekuatan logistik, sistem pengauditan dan kadar bayaran kerja lebih masa.

 

“Sebagai sesebuah organisasi yang mengutip hasil yang banyak kepada negara kita perlukan logistik yang mencukupi kerana kenderaan JKDM kali terakhir dibeli adalah pada 2006,” katanya.

Mohd Noor berkata, tanpa sistem pengauditan yang baik, jabatan itu tidak akan dapat melakukan pengauditan GST ke atas semua syarikat secara cekap dan menyeluruh.

 

Mengenai kadar bayaran kerja lebih masa yang ditetapkan kepada pegawai kastam gred WK41 dan ke atas yang dihadkan RM600 sebulan katanya telah memberi kesukaran kepada JKDM membuat pembahagian tugas.

“Had RM600 bayaran kerja lebih masa dalam 10 hari bekerja sudah habis kerana JKDM terlibat dengan aktiviti penguatkuasaan, oleh itu kita minta agar kadar bayaran ini dikaji semula,” katanya.

Katanya, JKDM juga menyambut baik cadangan perdana menteri sebelum ini yang mahu agar jabatan itu dikorporatkan sebagai langkah untuk meningkatkan kecemerlangan penguatkuasaan dan pungutan hasil negara.

“Warga kastam sudah pun buat kajian (berkenaan cadangan pengkorporatan) dan selesaikan beberapa isu dan kini telah sedia untuk dikorporatkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon agar kerajaan melantik Ketua Pengarah Kastam dari kalangan pegawai kastam sendiri.

“Sudah sampai masanya JKDM diketuai mereka dalam kalangan kastam sendiri, kerana hanya kastam yang faham budaya kerja dan teknikaliti jabatan ini lebih-lebih lagi apabila sistem baharu yang akan dilancar Januari tahun depan, sistem U-Customs adalah sangat teknikal,” katanya.

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad difahamkan akan menamatkan perkhidmatannya pada September ini.

Khazali merupakan dari skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) di JKDM. Kemudian dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam. – Bernama

Continue reading GESA KERAJAAN TAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN KASTAM

Ecstacy RM440,000 dirampas JKDM Sabah

Lahad Datu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas sebanyak 9,946 pil ecstacy bernilai RM440,000 yang dikirim melalui pos ke Lahad Datu, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah JKDM Sabah, Yunus Tahir berkata, rampasan dibuat kira-kira 3 petang ketika sepasukan anggotanya melakukan pemeriksaan barangan kurier di Pejabat Pos Lahad Datu sebelum menemui satu kotak yang dikirim dari Segamat, Johor.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kotak berkenaan mengandungi 10 kotak kecil berjemana ‘Lemonet Lazior’ yang dilapisi dengan aluminium dan hasil pemeriksaan di dalamnya terdapat plastik lut sinar berisi pil hijau yang disyaki dadah jenis ecstacy.

Yunus Sabah

“Terdapat dua jenis pil ecstasy iaitu 3,972 pil jenis Heineken dan 5,974 pil Dom Perignon dengan berat kira-kira empat kilogram serta dianggarkan bernilai RM400,000,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Lahad Datu, di sini, hari ini.

Yunus berkata, rampasan itu membawa kepada tangkapan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 60 tahun di rumah di Kampung Muhibbah mengikut alamat penerima yang tertera pada bungkusan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tiga individu berkenaan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Selanjutnya di http://www.hmetro.com.my/node/157972

Saham tempatan tinggi disokong peningkatan harga minyak

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula secara sederhana untuk dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini berikutan peningkatan mendadak harga minyak mentah yang mana turut membantu melonjakkan saham berkaitan minyak dan gas. Pada jam 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.24 mata kepada 1,652.74 selepas dibuka tinggi pada paras 1,651.65. Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 140 berbanding 67, sementara 147 kaunter tidak berubah, 1,332 tidak didagangkan dan 19 lain digantung.
bursa malaysia
Jumlah dagangan berada pada paras 130.58 juta saham bernilai RM40.62 juta. Harga minyak mentah Amerika Syarikat (A)S melonjak lebih tiga peratus untuk ditutup pada paras AS$40.83 setong selepas stok petrol berkurangan lebih banyak daripada dijangkakan, sekali gus mengimbangi peningkatan dalam stok simpanan minyak mentah AS. Kontrak penanda aras minyak mentah global, Brent meningkat 3.1 peratus untuk ditutup kepada AS$43.10. Indeks FBM Emas melonjak 27.37 mata kepada 11,599.25, Indeks FBMT 100 meningkat 25.80 mata kepada 11,299.23, dan Indeks FBM Emas Shariah 26.20 mata lebih tinggi kepada 12,227.75.

Continue reading Saham tempatan tinggi disokong peningkatan harga minyak