Monthly Archives: September 2016

Daya Saing Global: Malaysia turun 7 anak tangga

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun daripada tangga ke-18 tahun lepas tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.

Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, dari segi skor, prestasi negara turun daripada  5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.

Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republic of Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi telah diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.

daya-saing-global

Sementara itu, negara-negara dan wilayah yang turut turun daripada ranking mereka termasuklah Jerman, Jepun, Hong Kong SAR, Finland, Kanada, Perancis, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Dalam satu kenyataan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penting untuk diambil perhatian bahawa semua negara yang berada di kedudukan di atas Malaysia adalah negara maju dan berpendapatan tinggi.

GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.

Continue reading Daya Saing Global: Malaysia turun 7 anak tangga

Kastam rampas 62 kontena

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan cubaan sindiket penyeludupan dengan rampasan 62 kontena mengandungi minuman keras, rokok, beras dan tayar kereta bernilai RM5.2 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini.

Penolong Pengarah JKDM Malaysia (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Paddy Abd Halim berkata, semua barang itu dirampas dalam serbuan bermula 12 hingga 14 September lalu membabitkan jumlah cukai RM37.14 juta.

KOTA KINABALU 19 SEPTEMBER 2016. Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd Halim (tiga dari kiri) menunjuk barang rampsan ketika sidang media di Wisma Kastam, Kota Kinabalu mengenai kejayaan mematahkan percubaan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Sepanggar, Sabah. Sebanyak 62 buah kontena yang berisi bir, rokok, beras dan tayar dianggarkan RM 5.24 juta. Hadir sama Timbalan Pengarah Kastam negeri Bahagian Teknik, Norizam Zakaria (dua dari kiri) Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman, Julaiman Soimin (empat dari kiri). NSTP/IZHARI ARIFFIN.
KOTA KINABALU 19 SEPTEMBER 2016. Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd Halim (tiga dari kiri) menunjuk barang rampsan ketika sidang media di Wisma Kastam, Kota Kinabalu mengenai kejayaan mematahkan percubaan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Sepanggar, Sabah.
Sebanyak 62 buah kontena yang berisi bir, rokok, beras dan tayar dianggarkan RM 5.24 juta. Hadir sama Timbalan Pengarah Kastam negeri Bahagian Teknik, Norizam Zakaria (dua dari kiri) Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman, Julaiman Soimin (empat dari kiri). NSTP/IZHARI ARIFFIN.

Menurutnya, rampasan terbabit juga adalah perolehan terbesar daripada pengurusan dan analisa risiko Collabrated Border Management (CBM) JKDM Sabah yang ditubuhkan pada awal bulan ini di Pelabuhan Sepanggar.

“Mengikut pecahan barang dirampas adalah 853,776 liter minuman keras, 11 juta batang rokok, 25,000 kilogram beras dan 11,000 biji tayar kereta yang dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran menggunakan 62 kontena berkenaan.

“Kejayaan rampasan ini adalah yang terbesar buat JKDM Sabah pada tahun ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) dan Seskyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

CUEPACS bantah syor waktu bekerja 6 jam

GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas. “Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, CUEPACS membantah idea berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS di sini, hari ini.
PENANG 18 SEPTEMBER 2016. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda semasa berucap dan merasmikan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke 4 Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang. STR/AMIR IRSYAD OMAR
PENANG 18 SEPTEMBER 2016. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda semasa berucap dan merasmikan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke 4 Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang. STR/AMIR IRSYAD OMAR
Idea waktu bekerja selama enam jam sehari dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Azih juga berkata beliau khuatir jika waktu bekerja selama enam jam itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin mahal. “Kami berharap kerajaan akan mengkaji dengan teliti perkara itu dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan,” katanya.
Sementara itu, Azih berkata, CUEPACS juga berharap Kementerian Kewangan akan memansuhkan kontrak jangka pendek kerana ia menindas pekerja kerana mereka tidak layak untuk menikmati faedah seperti caruman PERKESO dan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP). Azih berkata CUEPACS telah menerima banyak aduan daripada pekerja dan berpendapat bahawa ia tidak adil untuk mereka.

“Kami berharap kontrak pekerja ditandatangani untuk minimum dua tahun dan ke atas bagi memastikan kebajikan mereka dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengambil kira pandangan ini semasa pembentangan bajet akan datang,” katanya. Najib dijadual membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober dan meminta orang awam termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik untuk mengemukakan cadangan untuk bajet. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/193928

Pengangkutan awam yang efisyen mampu gamit penumpang

MENJELANG 31 Ogos 2020, pengangkutan awam seharusnya menjadi pilihan sebahagian besar warga Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang, khususnya untuk kegunaan berulang alik ke tempat kerja. Pada ketika itu, beberapa kemudahan pengangkutan baharu termasuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT3) sepanjang 37 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, di Klang dijangka siap dan mula beroperasi. Laluan 1 Mass Rapid Transit (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh-Kajang pula masing-masing dijadual mula beroperasi menjelang Disember 2016 (fasa 1 Sungai Buloh-KL) dan Julai 2017 (fasa 2 KL-Kajang), selain Laluan 2 MRT (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) yang pembinaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2016. Tinjauan ke kawasan yang kerap dinaiki air ketika hujan lebat di Jalan Lapangan Terbang berdekatan dengan stesen MRT Glenmarie, Subang. STR/ HALIM SALLEH
KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2016. Tinjauan ke kawasan yang kerap dinaiki air ketika hujan lebat di Jalan Lapangan Terbang berdekatan dengan stesen MRT Glenmarie, Subang. STR/ HALIM SALLEH
Dengan siapnya kemudahan pengangkutan awam terbaharu itu kelak, ia diharap mampu menambahbaik dan meningkatkan lagi kecekapan pengangkutan awam sedia ada seperti LRT1 dan LRT2 yang sudah beroperasi, selain KTM Komuter, bas dan teksi.
Kita juga mengharapkan ia dapat mengurangkan secara ketara penggunaan kereta persendirian terutama kenderaan dipandu seorang diri (SOV) di pusat bandar, sekali gus menangani masalah kesesakan lalu lintas kronik yang sering berlaku pada masa ini. Matlamat untuk mengurangkan penggunaan kereta persendirian di pusat bandar khususnya pada waktu puncak ketika orang ramai pergi atau balik kerja hanya mampu direalisasikan sekiranya keseluruhan sistem pengangkutan awam yang ada dikendalikan secara cekap.
Ia termasuk dari segi ketepatan waktu, kekerapan dan kebolehpercayaan operasi, kesediaan bas pengantara bagi pengangkutan rel, kemudahan park and ride serta caj parkir yang munasabah. Sekiranya kos menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja jauh lebih tinggi dan mengambil masa terlalu lama berbanding memandu sendiri, hasrat untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan itu mungkin tidak kesampaian.

Penulis sendiri pernah cuba menggunakan pengangkutan awam dari rumah di Sungai Long, Cheras ke pejabat di Bangsar dengan menaiki bas dan KTM Komuter, beberapa tahun lalu. Namun, itulah pengalaman pertama dan terakhir menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Ini kerana ia mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke pejabat, berbanding 45 minit hingga satu jam memandu sendiri, walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas selain tiada penjimatan dari segi kos

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190880

Rahsia 32 kontena terbongkar

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket penyeludupan barangan komoditi bernilai RM1.5 membabitkan cukai sebanyak RM4.5 juta di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu bagi tempoh tiga minggu terakhir bulan lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk Subromaniam Tholasy berkata, rampasan membabitkan 249,372 liter minuman keras pelbagai jenama, 170,150 kilogram beras dan 2,131 tayar berjaya dilakukan selepas pemeriksaan rapi dilakukan ke atas 32 kontena yang dibawa masuk dari beberapa negara luar.

“Ini adalah rampasan terbesar dan pertama dilakukan membabitkan konsep Coordinated Border Managment (CBM) membabitkan kerjasama beberapa agensi agensi kawalan sempadan.

32 kontena

“Dalam operasi selama tiga minggu itu, JKDM berjaya merampas beras yang diseludup dari Thailand bernilai RM380,000, tayar dari China (RM300,000), manakala minuman keras dari Singapura dan Vietnam (RM870,000),” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok.

Tambah Subromaniam, JKDM sudah mengenal pasti pihak berkaitan dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen operasi mereka.

Selanjutnya di: http://www.hmetro.com.my/node/163921

6 jam kerja: Lebih baik naikkan kadar upah – Cuepacs

6 jam kerja: Lebih baik naikkan kadar upah - Cuepacs

AZIH: Rakyat pada masa ini lebih memerlukan peningkatan pendapatan berbanding pengurangan masa bekerja bagi mengimbangi kos sara hidup.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan pengurangan jam bekerja kepada enam jam sehari sebagai tidak sesuai bagi sektor awam.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ini kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatan awam di luar waktu kerja.

“Saya ambil contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC). Kita lihat perkhidmatannya masih ditawarkan sehingga malam.

“Ini adalah bukti rakyat masih mahukan perkhidmatan dari kerajaan selepas waktu bekerja.

Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan peningkatan kadar upah berbanding mengurangkan waktu bekerja seharian.

“Saya percaya ini adalah lebih baik untuk meningkatkan motivasi kepada pekerja untuk terus mengamalkan budaya kerja berproduktiviti tinggi,” kata Azih dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Beliau berpendapat sedemikian kerana pada hematnya, rakyat pada masa ini lebih memerlukan peningkatan pendapatan berbanding pengurangan masa bekerja bagi mengimbangi kos sara hidup.

Datuk Azih berkata demikian sebagai respons kepada laporan Astro AWANI menegnai cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengurangkan masa kerja harian kepada enam jam sehari bagi sektor awam dan swasta.

JKDM Lancar Ops CBOS Secara Berperingkat Mulai 1 September 2016

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melancarkan operasi Strategi Lautan Biro Kastam (Ops CBOS) secara berperingkat mulai 1 Sept bagi melaksanakan tindakan verifikasi dan pengauditan ke atas syarikat berrdaftar dengan sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata bagi peringkat pertama, sebanyak 50,000 syarikat dipilih, dan syarikat tersebut akan diaudit bagi memastikan mereka berada pada landasan yang betul.

“Secara keseluruhannya terdapat 420,000 syarikat berdaftar dengan GST, dan selepas pelaksanaan regim percukaian baharu itu satu setengah tahun yang lepas, kami mahu memastikan ia beroperasi dengan betul, dan untuk itu memulakan ke atas 50,000 syarikat yang dipilih secara rawak.

gambar gst

“Proses berikutnya akan dilaksanakan pada Mac tahun depan, katanya kepada media sempena majlis Persidangan GST 2016 dan pelancaran operasi CBOS. Menurut Khazali, bagi operasi peringkat pertama (50,000 syarikat), 1,500 pegawai kastam dan terlibat dan proses tersebut akan dilaksanakan sehingga hujung tahun ini.

“Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai, terutama pengamal percukaian seperti akauntan, untuk memberi input masing-masing dalam pelaksanaan GST. “Mereka mungkin mengenal pasti sesuatu yang tidak betul dan boleh membuat cadangan balas kepada jabatan itu supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan,” katanya.

Continue reading JKDM Lancar Ops CBOS Secara Berperingkat Mulai 1 September 2016