Daily Archives: 05/09/2016

Rahsia 32 kontena terbongkar

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket penyeludupan barangan komoditi bernilai RM1.5 membabitkan cukai sebanyak RM4.5 juta di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu bagi tempoh tiga minggu terakhir bulan lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk Subromaniam Tholasy berkata, rampasan membabitkan 249,372 liter minuman keras pelbagai jenama, 170,150 kilogram beras dan 2,131 tayar berjaya dilakukan selepas pemeriksaan rapi dilakukan ke atas 32 kontena yang dibawa masuk dari beberapa negara luar.

“Ini adalah rampasan terbesar dan pertama dilakukan membabitkan konsep Coordinated Border Managment (CBM) membabitkan kerjasama beberapa agensi agensi kawalan sempadan.

32 kontena

“Dalam operasi selama tiga minggu itu, JKDM berjaya merampas beras yang diseludup dari Thailand bernilai RM380,000, tayar dari China (RM300,000), manakala minuman keras dari Singapura dan Vietnam (RM870,000),” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok.

Tambah Subromaniam, JKDM sudah mengenal pasti pihak berkaitan dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen operasi mereka.

Selanjutnya di: http://www.hmetro.com.my/node/163921

6 jam kerja: Lebih baik naikkan kadar upah – Cuepacs

6 jam kerja: Lebih baik naikkan kadar upah - Cuepacs

AZIH: Rakyat pada masa ini lebih memerlukan peningkatan pendapatan berbanding pengurangan masa bekerja bagi mengimbangi kos sara hidup.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan cadangan pengurangan jam bekerja kepada enam jam sehari sebagai tidak sesuai bagi sektor awam.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ini kerana rakyat masih memerlukan perkhidmatan awam di luar waktu kerja.

“Saya ambil contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC). Kita lihat perkhidmatannya masih ditawarkan sehingga malam.

“Ini adalah bukti rakyat masih mahukan perkhidmatan dari kerajaan selepas waktu bekerja.

Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan peningkatan kadar upah berbanding mengurangkan waktu bekerja seharian.

“Saya percaya ini adalah lebih baik untuk meningkatkan motivasi kepada pekerja untuk terus mengamalkan budaya kerja berproduktiviti tinggi,” kata Azih dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Beliau berpendapat sedemikian kerana pada hematnya, rakyat pada masa ini lebih memerlukan peningkatan pendapatan berbanding pengurangan masa bekerja bagi mengimbangi kos sara hidup.

Datuk Azih berkata demikian sebagai respons kepada laporan Astro AWANI menegnai cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengurangkan masa kerja harian kepada enam jam sehari bagi sektor awam dan swasta.