Daily Archives: 28/09/2016

Daya Saing Global: Malaysia turun 7 anak tangga

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun daripada tangga ke-18 tahun lepas tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.

Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, dari segi skor, prestasi negara turun daripada  5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.

Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republic of Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi telah diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.

daya-saing-global

Sementara itu, negara-negara dan wilayah yang turut turun daripada ranking mereka termasuklah Jerman, Jepun, Hong Kong SAR, Finland, Kanada, Perancis, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Dalam satu kenyataan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penting untuk diambil perhatian bahawa semua negara yang berada di kedudukan di atas Malaysia adalah negara maju dan berpendapatan tinggi.

GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.

Continue reading Daya Saing Global: Malaysia turun 7 anak tangga