Monthly Archives: October 2016

Bajet 2017 perkukuh strategi tangani cabaran ekonomi

BAJET 2017 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa pendekatan menyeluruh merangkumi pelbagai program, insentif dan pendekatan yang menekankan aspek memperkukuhkan sosioekonomi dan kesamarataan dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan. Bajet ini juga dilihat sebagai pendekatan strategik dan pragmatik oleh kerajaan dalam mengemudi hala tuju negara pada iklim ekonomi semasa yang mencabar. Ia juga disifatkan sebagai pendekatan seimbang dalam mencapai aspirasi negara maju di samping memastikan seluruh lapisan masyarakat tidak ketinggalan.
Justeru, kita dapat melihat sebanyak 173 program dan inisiatif yang dirangka untuk memastikan keseimbangan dalam mencapai aspirasi ekonomi dan sosial masyarakat. Bajet ini pada dasarnya menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar lebih kukuh tahun hadapan dengan unjuran ekonomi domestik akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus.
KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 selepas pembentangan Bajet 2017 di Parlimen petang ini. Mereka dikelilingi oleh beberapa atlet Paralimpik negara dan Tok Batin Orang Asli.?--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA??
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 selepas pembentangan Bajet 2017 di Parlimen petang ini.
Mereka dikelilingi oleh beberapa atlet Paralimpik negara dan Tok Batin Orang Asli.?–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA??
Pertumbuhan mapan ini didorong iklim ekonomi global yang dijangka stabil dan pengukuhan harga komoditi pada 2017. Keadaan ini melonjakkan perolehan negara kepada RM219 bilion berbanding RM212 bilion pada 2016. Dengan peruntukan sebanyak RM262.8 bilion untuk Bajet 2017, kerajaan menjangkakan defisit fiskal 3.0 peratus untuk 2017. Perkembangan ini adalah positif sejajar hasrat kerajaan menuju bajet seimbang menjelang 2020.
Projek mesra rakyat
 Sebahagian besar peruntukan Bajet 2017 diperuntukkan kepada projek infrastruktur dan keperluan asas rakyat merangkumi pembinaan jalan raya di luar bandar, menyediakan bekalan air bersih dan elektrik, pembinaan rumah untuk golongan sasar serta projek bersifat mesra rakyat yang lain.

Continue reading Bajet 2017 perkukuh strategi tangani cabaran ekonomi

Hapus pengkhianat barangan bersubsidi

ESOK Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2017. Seperti se­belumnya sudah pasti kerajaan akan turut memberi tumpuan kepada pemberian subsidi bagi mengurangkan beban rakyat khususnya seperti gas petrolium cecair (LPG), minyak masak gula dan sebagainya.

Tetapi dalam masa sama, kita masih dibelenggu dengan perbuatan menyeleweng barang-barang bersubsidi sehingga memungkinkan segala keprihatinan kerajaan bagi membantu rakyat terbantut di tengah jalan. Dari semasa ke semasa, kita terus didedahkan de­ngan kejayaan pihak berkuasa membanteras penyelewengan tersebut, tetapi kita perlu mengakui itu tidaklah seberapa kerana kita percaya masih banyak lagi sindiket yang bermaharajarela.

subsidi

Apa yang malangnya, jumlah kerugian yang ditanggung kerajaan saban tahun bukanlah sedikit malah mencecah jutaan ringgit, kesudahannya pemberian subsidi itu tidak menepati sasaran, sindiket lebih banyak mengaut ke­­untungan akibat terdapat sikap tidak amanah dalam kalangan segelintir penguat kuasa agensi tertentu.

Bayangkanlah seperti mana didedahkan oleh Utusan Malaysia awal tahun ini dalam isu LPG, contohnya daripada RM2 bilion subsidi yang diperuntukkan kerajaan, 40 peratus atau RM800 juta ‘hilang’ begitu sahaja akibat penyeleweng­an dan penyalahgunaan. Ini belum termasuk penyelewengan minyak masak yang dikhabarkan menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan.

Continue reading Hapus pengkhianat barangan bersubsidi

Bahagiakah anda sebagai pekerja di Malaysia?

SATU kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet menunjukkan bahawa rata-rata pekerja di Malaysia tidak bahagia dengan kerja mereka malah menduduki tempat kedua di dalam carta skala kepuasan pekerjaan lapor World of Buzz.

Kajian ini melibatkan tujuh buah negara di Asia dan menerima respons seramai 67,000 orang.

Tempat pertama carta diduduki Singapura (5.09 mata), Malaysia di tempat kedua (5.22 mata), tempat ketiga adalah Vietnam (5.48 mata), diikuti dengan Hong Kong (5.56 mata), seterusnya Thailand (5.74 mata), Indonesia (6.16 mata) dan terakhir adalah Filipina (6.25 mata).

Faktor utama pekerja tidak bahagia terhadap kerja di Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah kepimpinan yang teruk, reputasi sesebuah syarikat, latihan yang tidak profesional, kurang selesa di tempat kerja dan juga hubungan di antara rakan sekerja.

Sementara negara jiran,Singapura memegang rekod mempunyai ramai pekerja yang tidak bahagia, Jobstreet juga turut mendedahkan kemungkinan keputusan ini akan lebih menurun untuk masa enam bulan akan datang.

Berdasarkan keputusan dari survey tersebut menunjukkan portal pekerjaan juga menggalakkan majikan untuk menangani faktor yang menyebabkan pekerja tidak bahagia di pejabat.

Selanjutnya di: http://www.sinarharian.com.my/rencana/bahagiakah-anda-sebagai-pekerja-di-malaysia-1.569254