Monthly Archives: November 2016

Program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M 2017)

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PESERTA KAK1M 2017 (LOKASI KAYUHAN PUTRAJAYA)

SEMAKAN PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT DI SINI: 

Semakan Pendaftaran Program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia

 

BAGI LOKASI SELAIN PUTRAJAYA BOLEH MENGHUBUNGI URUSETIA DI LOKASI BERKENAAN.

PENGAMBILAN GOODIES BOLEH DIBUAT MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT:

  • TARIKH: 19 & 20 JANUARI 2017
  • TEMPAT: MENARA TULUS, PRESINT 3, PUTRAJAYA
  • MASA: 9.00 PAGI -6.00 PETANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KERANA PELBAGAI ACARA MENARIK DISEDIAKAN SEMPENA PROGRAM KAK1M 2017 PADA 21 JANUARI 2017 DI DATARAN WAWASAN PRESINT 2 PUTRAJAYA

 

Satu program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M 2017) anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama JKDM bersempena sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-35 akan diadakan secara serentak pada 21 Januari 2017 di semua pejabat JKDM Negeri kecuali Putrajaya, WPKL, KLIA, Selangor dan Negeri Sembilan yang akan dilaksanakan secara berpusat di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya.

banner-kak1m-2017

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara berumur 12 tahun ke atas. Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 seorang . Setiap penyertaan akan menerima 1 helai t-shirt dry-fit, topi dan botol air ekslusif KAK1M 2017. Setiap RM1.00 dari yuran penyertaan akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Sumbangan penajaan daripada individu dan syarikat juga amat dialu-alukan bagi mengisi dana PERKASA. Setiap RM1.00 dari yuran penyertaan dan sebahagian hasil tajaan akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan warga Kastam yang mengidap kanser.

Hubungi urusetia PERKASA Cawangan di negeri untuk mendapatkan borang penyertaan, borang penajaan serta maklumat lanjut.

TARIKH TUTUP: 31 DISEMBER 2016

Pendaftaran secara atas talian di link berikut:

https://www.cognitoforms.com/PERKASA1/BorangPenyertaanKayuhanAmal1KastamSempenaHariKastamSeduniaKe35

Sila muat turun borang penyertaan atau penajaan seperti berikut:

  1. borang-penyertaan-group-kak1m-2017
  2. borang-penyertaan-kak1m-2017
  3. surat-memohon-tajaan-kak1m-2017

 

Berfikir aras tinggi kunci kejayaan

Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal seperti buah daripada pohon kayu, sinar daripada matahari dan penglihatan dari mata. Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah SWT yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah SWT, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, dan terhormat sekalipun manusia bukan makhluk terbesar atau tertinggi. Hal ini diterangkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan.” (Surah at-Tin, ayat 4)

Menerusi perbincangan bertajuk ‘Fikir Aras Tinggi’ dalam rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin menggariskan tiga tahap cara manusia berfikir. Pertama, manusia yang berfikiran rendah biasanya sering berkeluh-kesah mengenai kekurangan dan permasalahan sedang ia hadapi. Selain itu, individu memiliki tahap cara berfikir seperti ini dilihat sebagai seorang yang suka mencari alasan dan memberi komen negatif pada sesuatu perkara. Individu yang memiliki tahap berfikir seperti ini kebiasaannya mengungkapkan perkataan seperti ‘kalau’, ‘tidak boleh’ atau ‘mana boleh’. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu penat berfikir. Biarlah orang lain fikirkan hal tersebut.

A Palestinian youth prays on the street outside a destroyed mosque in the village of Mughraqa in the Gaza Strip January 22, 2009. After pummelling Hamas in the Gaza Strip, Israel now hopes to push through a prisoner swap to retrieve a soldier held by the Palestinians since 2006, Israeli officials said on Thursday. REUTERS/Jerry Lampen (GAZA)
Gambar hiasan oleh REUTERS/Jerry Lampen (GAZA)

Oleh itu, bertindaklah untuk menghentikan perbuatan itu disebabkan mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan membuang waktu dan tenaga. Seperti dinyatakan oleh pengarang buku Secrets of Millionaire, T Harv Eker menjelaskan mengeluh hanya akan menambah masalah anda. Mereka yang berfikir secara sederhana pula disifatkan sebagai kurang mengeluh terhadap sesuatu perkara sebaliknya, mereka gemar membicarakan mengenai sesuatu peristiwa dan kejadian.

Latih minda berfikir aras tinggi

Apabila berhadapan dengan satu peristiwa, mereka hanya mengemukakan pandangan tanpa mencari jalan penyelesaian serta kurang peduli mengambil iktibar daripada peristiwa itu. Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir mengenai kejayaan.

Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Dengan itu, tidak hairanlah individu yang menjana dan melatih minda ke arah berfikir aras tinggi dianggap sebagai individu mempunyai wawasan tinggi untuk melakar kejayaan. Ini terbukti apabila mereka mempunyai sifat kepekaan dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

Continue reading Berfikir aras tinggi kunci kejayaan

Sukan mampu jana industri pelancongan

SEJAK negara meraih empat pingat perak dan satu gangsa di pentas temasya terbesar Sukan Olimpik serta tiga emas dan satu gangsa pada temasya Paralimpik di Rio de Janeiro baru-baru ini, ada kewajaran dan tumpuan menjadikan sukan sebagai satu cabang pelaburan industri pelancongan baharu masa depan negara.

Industri pelancongan sukan ini jika diberi perhatian dan perancangan cukup rapi serta berhati-hati, akan dapat membawa negara ke satu tahap baharu dalam sektor pelancongan secara keseluruhannya. Beberapa sukan utama negara yang berpotensi meraih pingat emas seperti badminton, terjun, lumba basikal, renang, bola sepak, menembak, olahraga diberi tumpuan penuh oleh Kerajaan dengan meletakkan sasaran tinggi pada temasya Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo nanti.

Industri pelancongan sukan negara ini boleh dilihat dalam tiga jaringan rantaian utama iaitu pembangunan sukan, kecemerlangan dan perniagaan. Pembangunan sukan berterusan dan sistematik yang disokong dana mencukupi, mampu melahirkan atlet dan jagoan pada pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Usaha murni menggilap bakat atlet ini sudah, sedang dan akan terus diadakan di negara ini. Kedua, menggapai kecemerlangan pada pelbagai peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Bagi sesetengah jenis sukan yang sudah mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa misalnya badminton dan bola sepak, wajar meneruskan kecemerlangan itu.

sukan

GALERI sukan yang mempamerkan deretan piala dimenangi sejak dahulu antara tarikan utama peminat pasukan bola sepak Barcelona. – Foto pinterest.com

Rantaian perniagaan Kecemerlangan berterusan pada peringkat antarabangsa akan mencetuskan pula rantaian seterusnya iaitu peluang perniagaan yang cukup besar sama ada bagi ahli sukan itu sendiri melalui penghijrahan pemain dari satu kelab ke kelab yang lebih baik mahupun industri sukan secara keseluruhannya disokong oleh sektor pelancongan negara. Perniagaan dalam industri sukan ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, gaya dan potensinya. Contohnya, melalui pengalaman saya ketika berada di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini dengan lawatan ke Stadium Nou Camp yang dikenali di seluruh dunia, sudah mampu mempamer kehebatan kelab bola sepak itu secara menyeluruh.

Continue reading Sukan mampu jana industri pelancongan