Monthly Archives: January 2017

SELAMAT HARI KASTAM SEDUNIA KALI KE-35

Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-35 telah disambut pada 26 Januari 2017 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Bukit Baru Melaka. Upacara sambutan Hari Kastam Sedunia pada tahun ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Othman Bin Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1 Malaysia. Turut hadir adalah YB Datuk Seri Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka, YBhg. Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan Pengarah-Pengarah Kastam Negeri, Ibu Pejabat serta warga Kastam seluruh Malaysia.

Tema bertajuk “Analisis Data Untuk Pengurusan Sempadan Berkesan” telah dipilih oleh World Customs Organization (WCO) bagi sambutan Hari Kastam Sedunia pada tahun ini bagi mempromosikan analisis data. PERKASA dan seluruh warga kerja mengucapkan selamat menyambut Hari Kastam Sedunia ke-35.