Monthly Archives: March 2017

KP Kastam baharu ikrar perangi penyeludupan

PUTRAJAYA 25 Mac – Ketua Pengarah Kastam yang baharu, Datuk T. Su­bromaniam (gambar) berikrar meme­rangi kegiatan penyeludupan yang berlaku di negara ini.Selain itu, beliau berjanji untuk meningkatkan pungutan hasil percukaian negara dan mengurangkan ketirisan kerajaan.

“Saya akan memberikan per­khidmatan terbaik sepanjang me­ngetuai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pelantikan ini me­rupakan suatu penghormatan besar untuk diri saya.

 

“Menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mu­hammad V kerana mem­perkenan pelantikan ini dan juga terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui jabatan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Subromaniam, 58, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pematuhan dan Penguatkuasaan) JKDM, dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam berkuat kuasa semalam menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad yang bersara Isnin lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Nu­klear (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of New Hampshire, Amerika Syarikat.

Subromaniam menyertai per­khid­matan awam sebagai Penguasa Kastam pada 29 Julai 1984 dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun.

Lebih banyak ketidaktentuan ekonomi 2017

KUALA LUMPUR – “Apa yang pasti (bagi ekonomi dunia sekarang) adalah lebih banyak ketidaktentuan pada 2017,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim dalam nada berseloroh dan mengejutkan ramai yang lebih mengenali beliau sebagai seorang yang serius dan tegas.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Pengarang Kanan media pada Rabu lepas iaitu sebelum Laporan Tahunan 2016 BNM dikeluarkan, hari ini.

Ini merupakan taklimat pertama beliau selepas menggalas tugas menerajui BNM untuk hampir setahun lamanya.

Tahun lepas merupakan tempoh tidak menentu yang terbukti menjadi ujian sebenar untuk Gabenor baharu itu namun semua pendekatan dan dasar yang dilaksanakan bank pusat itu dapat membantu menstabilkan sektor kewangan dan ekonomi negara, secara amnya.

Ternyata, beliau merupakan Gabenor yang sudah membuat persiapan sewajarnya untuk menghadiri taklimat itu — menyentuh segenap perkara daripada ekonomi kepada kewangan, pekerja asing malah turut membabitkan isu masa depan golongan muda dari segi kemampuan memiliki rumah dan mendapat pekerjaan.

Continue reading Lebih banyak ketidaktentuan ekonomi 2017

Konsep tawakal dan kesannya kepada kita

KONSEP tawakal sangat sinonim dalam masyarakat Muslim. Terdapat beberapa ayat Al-quran dan Hadis yang menyentuh perkara ini. Antaranya firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (Surah At-Talaq ayat 3).

Dalam sebuah Hadis yang di riwayatkan dari Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda; “Seandainya kalian sungguh-sungguh bertawakal kepada ALLAH, sungguh ALLAH akan memberi kalian rezeki sebagaimana ALLAH memberi rezeki kepada seekor burung yang pergi dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang” (HR. Imam Ahmad).

Bagaimanapun, segelintir umat Islam beranggapan bahawa konsep tawakal adalah di mana mereka menyerahkan setiap perkara kepada Allah SWT tanpa diiringi usaha yang setimpal.

Pemahaman ini bertentangan dengan firman ALLAH SWT di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang menjelaskan bahawa ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubah dirinya sendiri.

Continue reading Konsep tawakal dan kesannya kepada kita