Monthly Archives: May 2017

PENGANJURAN KONFERENS DAN SEMINAR AUDIT GST

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama GAF Advisory Plt. (GAFA) akan menganjurkan GST AUDIT CONFERENCE  2018 pada 23 & 24 Januari 2018 dan beberapa siri seminar audit GST pada tarikh-tarikh berikut:

  1. 13 & 14 Jun 2017                –   Cititel Midvalley, Kuala Lumpur
  2. 17 & 18 Julai 2017              –   Light Hotel Seberang Jaya Pulau Pinang
  3. 22 & 23 Ogos 2017              –   Johor Bahru
  4. 13 & 14 September 2017 –   Melaka
  5. 12 & 13 Oktober 2017       –   KL/ Petaling Jaya
  6. 14 & 15 November 2017   –  Kuching, Sarawak
  7. 5 & 6 Disember 2017          –  Kota Kinabalu, Sabah

Sehubungan itu semua adalah dijemput menghadiri seminar tersebut pada tarikh yang dinyatakan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan seminar, sila layari portal www.gafadvisory.com atau muat turun brochure daripada pautan di bawah:

<<Brochure Seminar >>

<<Registration Form>>

62,000 syarikat terima notis peringatan GST

KOTA KINABALU, 24 Mei 2017 Rabu: Sebanyak 62,000 syarikat di seluruh negara menerima notis peringatan mesra daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) supaya mengemas kini pembayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST). Jumlah itu adalah sebahagian daripada 441,000 syarikat berdaftar bagi pembayaran GST di seluruh negara.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata pihaknya sudah menyerahkan 21,000 notis peringatan mesra kepada syarikat terbabit bagi fasa pertama minggu lalu dan 41,000 notis untuk fasa kedua, semalam. Katanya, semua pemilik syarikat boleh melihat notis peringatan itu melalui sistem “Taxpayer Acess Point” (TAP) masing-masing. “Notis ini diberikan kepada syarikat yang disyaki membuat pembayaran cukai GST kurang daripada jumlah sepatutnya. “JKDM mahu menumpukan pendekatan pendidikan penguatkuasaan kepada pembayar cukai.

Oleh itu, kita beri notis peringatan mesra sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKDM Sabah 2016, di sini, hari ini.

Di Sabah, sebanyak 3,378 syarikat menerima notis berkenaan di seluruh negeri. Subromaniam berkata, notis peringatan mesra terbabit dihantar kepada syarikat berdaftar di bawah GST hasil semakan maklumat pendaftaran, Penyata GST-03 dan maklumat lain yang didapati tidak sepadan atau ada kesilapan, yang mungkin disengajakan atau sebaliknya. “Saya minta semua syarikat berkenaan membuat semakan semula atau pindaan kepada Penyata GST-03 bermula dari tarikh pengeluaran notis,” katanya.

Terdahulu, seramai 75 anggota JKDM pelbagai pangkat di Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang tahun lalu, selain 31 bekas kakitangan menerima penghargaan atas persaraan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286030?m=1