Monthly Archives: July 2017

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN

12 Julai 2017, Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya – Majlis Serah Terima Tugas dan Penyerahan Watikah Perlantikan kepada barisan Pengurusan Tertinggi dan Pengarah Kastam Negeri yang baharu telah diadakan pagi tadi.
 
Pada majlis tersebut, Dato’ Zulkifli bin Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan / Pematuhan) memangku Gred Utama A menyerahkan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / GST) kepada Dato’ Paddy bin Abd. Halim yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan). Sementara itu, Dato’ Mohd. Pudzi bin Man telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) memangku Gred Utama B.
 
Datin Sharifah Halimah binti Tuanku Taha telah dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri Sarawak memangku Gred Utama C manakala Tuan Saidi bin Ismail dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang memangku Gred Utama C.
 
Tuan Wan Nor bin Wan Mamat pula telah dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri Perlis dan Tuan Hadzri bin Mohd Sabri sebagai Pengarah Kastam Negeri Pahang.

Continue reading MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN