Monthly Archives: August 2017

Dalang utama tipu tuntutan GST libatkan pulangan balik bernilai hampir RM25.58 juta ditahan

PUTRAJAYA 29 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menahan dalang utama yang disyaki terlibat dalam penipuan tuntutan ‘pulangan balik’ atau refund melalui penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dianggarkan bernilai hampir RM25.58 juta.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, ini menjadikannya sebagai kes terbesar melibatkan tuntutan pulang balik GST setakat ini.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan berumur dalam lingkungan 50-an telah ditahan pada 25 Ogos lalu di Ipoh, Perak manakala isterinya berumur dalam lingkungan 40-an ditahan di Bandar Baru Seri Peta­ling, Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

“Suspek utama telah ditahan bersama wang tunai berjumlah RM200,000 dan pelbagai mata wang asing manakala isteri suspek ditahan bersama wang bernilai RM182,000.

“Akaun bank milik kedua-dua suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Subromaniam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 89(1)(b) Akta GST iaitu membuat apa-apa pernyataan atau catat­an palsu dalam mana-mana penyata.

Jika disabit kesalahan, katanya, bagi kesalahan pertama, suspek boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda jumlah cukai atau dipenjarakan selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya.

Continue reading Dalang utama tipu tuntutan GST libatkan pulangan balik bernilai hampir RM25.58 juta ditahan

MAJLIS PELANCARAN KAYUHAN AMAL KASTAM 1MALAYSIA (KAK1M 2018)

Adalah dipelawa kepada semua warga Jabatan dan orang awam menyertai pra-Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M 2018) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Ogos 2017

Masa: 7.30 pagi

Tempat: Perkarangan Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Presint 2 Putrajaya

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA, MAKANAN DISEDIAKAN, BOOTH JUALAN BASIKAL DAN PAMERAN PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA JUGA DIADAKAN.

Bunting & Banner Pelancaran KAK1M 2018