Monthly Archives: November 2017

KAYUHAN AMAL KASTAM 1MALAYSIA (KAK1M 2018)

 

Sukacita dimaklumkan bersempena Hari Kastam Sedunia yang ke-36, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama JKDM dan Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) akan menganjurkan Program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia serentak seluruh negara bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM). Maklumat program adalah seperti berikut :-

  • Nama Program : KAYUHAN AMAL KASTAM 1MALAYSIA (KAK1M 2018)
  • Tempat/Lokasi : 11 lokasi Negeri Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak (termasuk Putrajaya dan Wilayah Persekutuan)
  • Tarikh : 20hb. Januari 2018 (Sabtu)
  • Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Anggaran Penyertaan : 10,000 orang
  • Tarikh Tutup: 31 Disember 2017

Sila layari portal www.kak1m.com.my untuk keterangan lanjut dan penyertaan.

JOM KAYUH SAMBIL BERAMAL

KASTAM NEGERI SEMBILAN TUMPASKAN SINDIKET PENYELUDUPAN ROKOK

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 20 November 2017 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan telah berjaya mematahkan percubaan menyeludup rokok yang tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dengan nilai rokok ditaksir RM 240,000 dan cukai berjumlah RM 2.1 Juta.
 
Berdasarkan pemantauan dan risikan selama 2 minggu, sepasukan anggota Jabatan Kastam Negeri Sembilan telah telah bertindak membuat serbuan ke MASkargo KLIA pada 13 November 2017 jam 6.00 petang. Hasil serbuan pada dagangan yang tiba dari Ho Chi Minh melalui melalui pesawat EVA AIR menemukan, 3 juta batang rokok berjenama “Canyon” yang berada di tempat pemunggahan barang. Barangan tersebut telah dikrarkan sebagai “Console Item”  bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
 
Semasa serbuan dibuat, didapati barangan tersebut baharu sahaja melepasi proses dokumentasi di terminal kargo. Pasukan serbuan kemudiannya bertindak menyita kesemua barang-barang tersebut kerana disyaki diimport tanpa melalui prosedur yang boleh didakwa dibawah Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967.

Continue reading KASTAM NEGERI SEMBILAN TUMPASKAN SINDIKET PENYELUDUPAN ROKOK

PROGRAM KERJASAMA (MoU) PERKONGSIAN MAKLUMAT JKDM-LHDNM

KUALA LUMPUR, 16 November 2017 – Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) perkongsian maklumat LHDNM-JKDM telah diadakan di Dewan Hasil, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Dato’ Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam dan Dato’ Sri Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dan Dato’ Khodijah Abdullah, Setiausaha Bahagian Cukai Perbendaharaan Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kastam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.


Perkongsian maklumat ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak kerana ianya meningkatkan tahap kecekapan dalam pungutan cukai dan sekaligus meningkatkan pungutan hasil negara.

Program kerjasama dalam perkongsian maklumat ini dicetuskan berpaksikan seruan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang digerakkan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan.

Diharapkan JKDM dan LHDNM dapat membina satu rangkaian perkongsian maklumat antara agensi kerajaan bagi meningkatkan pelaksanaan operasi kerja dengan lebih berkesan.

Continue reading PROGRAM KERJASAMA (MoU) PERKONGSIAN MAKLUMAT JKDM-LHDNM