Monthly Archives: October 2018

Rokok seludup RM8 juta dirampas

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas rokok seludup bernilai RM8 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang di Mersing, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata serbuan dilakukan susulan penahanan 23 lelaki termasuk dalang sindiket penyeludupan rokok dan dua anggota polis di daerah sama, tiga hari sebelumnya.

Menurutnya, hasil siasatan lelaki yang juga dalang sindiket berkenaan membawa pasukan polis ke kilang itu pada jam 6 petang, Sabtu lalu sebelum pemeriksaan di bangunan membawa kepada penemuan 1,606 kotak rokok jenama ‘U2’ dengan anggaran cukai Kastam bernilai RM8 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tengah) menunjukan rampasan rokok jenama U2 bernilai RM8 juta ketika mengadakan sidang media, di IPK Johor. – Foto Mohd Azren Jamaludin

 

“Ia menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk dalam kes pada 10 Oktober lalu berjumlah RM14 juta dan nilai rampasan kereta berjumlah RM3 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda 20 kali ganda nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Continue reading Rokok seludup RM8 juta dirampas