Rahsia 32 kontena terbongkar

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket penyeludupan barangan komoditi bernilai RM1.5 membabitkan cukai sebanyak RM4.5 juta di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu bagi tempoh tiga minggu terakhir bulan lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk Subromaniam Tholasy berkata, rampasan membabitkan 249,372 liter minuman keras pelbagai jenama, 170,150 kilogram beras dan 2,131 tayar berjaya dilakukan selepas pemeriksaan rapi dilakukan ke atas 32 kontena yang dibawa masuk dari beberapa negara luar.

“Ini adalah rampasan terbesar dan pertama dilakukan membabitkan konsep Coordinated Border Managment (CBM) membabitkan kerjasama beberapa agensi agensi kawalan sempadan.

32 kontena

“Dalam operasi selama tiga minggu itu, JKDM berjaya merampas beras yang diseludup dari Thailand bernilai RM380,000, tayar dari China (RM300,000), manakala minuman keras dari Singapura dan Vietnam (RM870,000),” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok.

Tambah Subromaniam, JKDM sudah mengenal pasti pihak berkaitan dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen operasi mereka.

Selanjutnya di: http://www.hmetro.com.my/node/163921

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *