Pengangkutan awam yang efisyen mampu gamit penumpang

MENJELANG 31 Ogos 2020, pengangkutan awam seharusnya menjadi pilihan sebahagian besar warga Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang, khususnya untuk kegunaan berulang alik ke tempat kerja. Pada ketika itu, beberapa kemudahan pengangkutan baharu termasuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT3) sepanjang 37 kilometer yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, di Klang dijangka siap dan mula beroperasi. Laluan 1 Mass Rapid Transit (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh-Kajang pula masing-masing dijadual mula beroperasi menjelang Disember 2016 (fasa 1 Sungai Buloh-KL) dan Julai 2017 (fasa 2 KL-Kajang), selain Laluan 2 MRT (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) yang pembinaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2016. Tinjauan ke kawasan yang kerap dinaiki air ketika hujan lebat di Jalan Lapangan Terbang berdekatan dengan stesen MRT Glenmarie, Subang. STR/ HALIM SALLEH
KUALA LUMPUR 01 SEPTEMBER 2016. Tinjauan ke kawasan yang kerap dinaiki air ketika hujan lebat di Jalan Lapangan Terbang berdekatan dengan stesen MRT Glenmarie, Subang. STR/ HALIM SALLEH
Dengan siapnya kemudahan pengangkutan awam terbaharu itu kelak, ia diharap mampu menambahbaik dan meningkatkan lagi kecekapan pengangkutan awam sedia ada seperti LRT1 dan LRT2 yang sudah beroperasi, selain KTM Komuter, bas dan teksi.
Kita juga mengharapkan ia dapat mengurangkan secara ketara penggunaan kereta persendirian terutama kenderaan dipandu seorang diri (SOV) di pusat bandar, sekali gus menangani masalah kesesakan lalu lintas kronik yang sering berlaku pada masa ini. Matlamat untuk mengurangkan penggunaan kereta persendirian di pusat bandar khususnya pada waktu puncak ketika orang ramai pergi atau balik kerja hanya mampu direalisasikan sekiranya keseluruhan sistem pengangkutan awam yang ada dikendalikan secara cekap.
Ia termasuk dari segi ketepatan waktu, kekerapan dan kebolehpercayaan operasi, kesediaan bas pengantara bagi pengangkutan rel, kemudahan park and ride serta caj parkir yang munasabah. Sekiranya kos menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja jauh lebih tinggi dan mengambil masa terlalu lama berbanding memandu sendiri, hasrat untuk menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan itu mungkin tidak kesampaian.

Penulis sendiri pernah cuba menggunakan pengangkutan awam dari rumah di Sungai Long, Cheras ke pejabat di Bangsar dengan menaiki bas dan KTM Komuter, beberapa tahun lalu. Namun, itulah pengalaman pertama dan terakhir menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Ini kerana ia mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke pejabat, berbanding 45 minit hingga satu jam memandu sendiri, walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas selain tiada penjimatan dari segi kos

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190880

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *