Kastam rampas 62 kontena

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan cubaan sindiket penyeludupan dengan rampasan 62 kontena mengandungi minuman keras, rokok, beras dan tayar kereta bernilai RM5.2 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini.

Penolong Pengarah JKDM Malaysia (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Paddy Abd Halim berkata, semua barang itu dirampas dalam serbuan bermula 12 hingga 14 September lalu membabitkan jumlah cukai RM37.14 juta.

KOTA KINABALU 19 SEPTEMBER 2016. Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd Halim (tiga dari kiri) menunjuk barang rampsan ketika sidang media di Wisma Kastam, Kota Kinabalu mengenai kejayaan mematahkan percubaan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Sepanggar, Sabah. Sebanyak 62 buah kontena yang berisi bir, rokok, beras dan tayar dianggarkan RM 5.24 juta. Hadir sama Timbalan Pengarah Kastam negeri Bahagian Teknik, Norizam Zakaria (dua dari kiri) Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman, Julaiman Soimin (empat dari kiri). NSTP/IZHARI ARIFFIN.
KOTA KINABALU 19 SEPTEMBER 2016. Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd Halim (tiga dari kiri) menunjuk barang rampsan ketika sidang media di Wisma Kastam, Kota Kinabalu mengenai kejayaan mematahkan percubaan sindiket penyeludupan di Pelabuhan Sepanggar, Sabah.
Sebanyak 62 buah kontena yang berisi bir, rokok, beras dan tayar dianggarkan RM 5.24 juta. Hadir sama Timbalan Pengarah Kastam negeri Bahagian Teknik, Norizam Zakaria (dua dari kiri) Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman, Julaiman Soimin (empat dari kiri). NSTP/IZHARI ARIFFIN.

Menurutnya, rampasan terbabit juga adalah perolehan terbesar daripada pengurusan dan analisa risiko Collabrated Border Management (CBM) JKDM Sabah yang ditubuhkan pada awal bulan ini di Pelabuhan Sepanggar.

“Mengikut pecahan barang dirampas adalah 853,776 liter minuman keras, 11 juta batang rokok, 25,000 kilogram beras dan 11,000 biji tayar kereta yang dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran menggunakan 62 kontena berkenaan.

“Kejayaan rampasan ini adalah yang terbesar buat JKDM Sabah pada tahun ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) dan Seskyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *