PROGRAM KERJASAMA (MoU) PERKONGSIAN MAKLUMAT JKDM-LHDNM

KUALA LUMPUR, 16 November 2017 – Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) perkongsian maklumat LHDNM-JKDM telah diadakan di Dewan Hasil, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Dokumen MoU ditandatangani oleh Dato’ Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam dan Dato’ Sri Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dan Dato’ Khodijah Abdullah, Setiausaha Bahagian Cukai Perbendaharaan Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kastam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.


Perkongsian maklumat ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak kerana ianya meningkatkan tahap kecekapan dalam pungutan cukai dan sekaligus meningkatkan pungutan hasil negara.

Program kerjasama dalam perkongsian maklumat ini dicetuskan berpaksikan seruan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang digerakkan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan.

Diharapkan JKDM dan LHDNM dapat membina satu rangkaian perkongsian maklumat antara agensi kerajaan bagi meningkatkan pelaksanaan operasi kerja dengan lebih berkesan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *