KASTAM NEGERI SEMBILAN TUMPASKAN SINDIKET PENYELUDUPAN ROKOK

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 20 November 2017 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan telah berjaya mematahkan percubaan menyeludup rokok yang tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dengan nilai rokok ditaksir RM 240,000 dan cukai berjumlah RM 2.1 Juta.
 
Berdasarkan pemantauan dan risikan selama 2 minggu, sepasukan anggota Jabatan Kastam Negeri Sembilan telah telah bertindak membuat serbuan ke MASkargo KLIA pada 13 November 2017 jam 6.00 petang. Hasil serbuan pada dagangan yang tiba dari Ho Chi Minh melalui melalui pesawat EVA AIR menemukan, 3 juta batang rokok berjenama “Canyon” yang berada di tempat pemunggahan barang. Barangan tersebut telah dikrarkan sebagai “Console Item”  bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
 
Semasa serbuan dibuat, didapati barangan tersebut baharu sahaja melepasi proses dokumentasi di terminal kargo. Pasukan serbuan kemudiannya bertindak menyita kesemua barang-barang tersebut kerana disyaki diimport tanpa melalui prosedur yang boleh didakwa dibawah Seksyen 135(1) (a) Akta Kastam 1967.

 
Kes masih disiasat bagi mengenalpasti pengimport dan pihak-pihak yang terlibat dalam dagangan ini. Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barangan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
 
Pada sidang media yang diadakan pagi tadi, Dato’ Abdullah bin Jaapar, Pengarah Kastam Negeri Sembilan menyeru orang ramai memberi kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan barang seperti dadah, rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *