SAMBUTAN AIDILFITRI WARGA KASTAM MERIAH

PUTRAJAYA, 3 Julai 2018 – Keriangan lebaran jelas terpancar di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat yang masih belum reda meskipun sudah masuk ke pertengahan Syawal. Jamuan makan dipenuhi hidangan lebaran antaranya rending, lemang, sate, kambing golek, nasi beriyani serta variasi kuih-muih dan minuman pelbagai rasa membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri.
Majlis dihadiri oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia dan kehadiran beliau disambut oleh Dato’ Sri Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Hadir sama ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kewangan.
Turut hadir, pengurusan tertinggi jabatan iaitu Dato’ Zulkifli bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato’ Paddy bin Abd. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastamana/GST) dan Dr. Zulkefli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Penolong-penolong Ketua Pengarah serta pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat dan negeri. Majlis juga dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, wakil swasta dan rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada jabatan.

Dato’ Sri Subromaniam Tholasy berkata, majlis jalinan ukhwah dan ramah mesra sebegini berupaya menyemarakkan lagi semangat harmoni kekeluargaan dan muhibah persaudaraan di kalangan warga jabatan serta kementerian. Beliau menyeru seluruh warga yang hadir untuk bersama-sama memelihara anugerah keharmonian yang diperolehi ini dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah “Buang yang keruh, ambil yang jernih”.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *