94,786 syarikat daftar SST

Jumaat 14 September 2018 MELAKA: Sebanyak 94,786 syarikat di seluruh negara sudah membuat pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak pelaksanaannya pada 1 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Zulkifli Yahya, berkata pihaknya juga yakin akan berlaku pertambahan jumlah syarikat yang berdaftar SST dalam tempoh terdekat.

“Selepas 14 hari pelaksanaan SST yang menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebanyak 94,784 syarikat sudah berdaftar setakat hari ini.

TIMBALAN Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Zulkifli Yahya

“Bagaimanapun, angka ini juga mungkin akan berubah sama ada turun atau naik. Ini kerana, ada di antara syarikat yang tidak layak dikenakan SST,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Tahun 2018 di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Bukit Baru, di sini, hari ini.

Zulkifli turut meminta orang ramai supaya mengikuti perkembangan semasa dalam mengetahui sebarang perubahan harga barangan membabitkan SST.

“Sebarang pengumuman mengenai SST akan dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menyenaraikan barangan yang perlu dikenakan cukai. Jadi, saya minta orang ramai supaya peka mengenainya.

“Di pihak JKDM, kita akan mengadakan program mendekati orang ramai seperti bimbingan berterusan dan ‘outreach’ bagi membantu berkaitan isu SST,” katanya.

Berita selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/473511/94786-syarikat-daftar-sst

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *