Kursus GST Untuk Ahli PERKASA

Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat JKDM Putrajaya, 17 dan 18 Mac 2015 seramai 62 orang pegawai kanan kastam dari seluruh negara yang merupakan ahli PERKASA telah mengikuti kursus TOT GST untuk Ahli Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia.

Kursus GST

Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Latihan dan Kompetensi Ibu Pejabat dengan kerjasamasa Bahagian GST Ibu Pejabat dan PERKASA Malaysia. Diantara topik yang dibentangkan pada hari pertama kursus ini adalah Accounting for GST, Pembayaran Cukai (GST 03) dan Claim Input Tax serta GST Treatments for Professional Sectors and Technical Activities, Property and Constructions, manakala pada sebelah petangnya satu round table discussion bersama Pengarah Bahagian GST Ibu Pejabat iaitu Dato’ Subromaniam a/l Tholasy telah diadakan. Antara isu yang dibincangkan adalah persediaan Jabatan dan pegawai menghadapi GST, tenaga kerja pelaksana GST dan sistem Gen Tax.

Subro

Manakala pada hari kedua pula, topik yang dibincangkan adalah GST Treatment for Wholesale and Retails, Automotive and Manufacturing, Accommodation Services and Hospitality, Transportation and Storage, Special Refund Scheme serta isu-isu transitional period.Khairul

Di akhir kursus, Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tn Mohd Noor Bin Yusoff, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *