Gerak gempur rokok seludup

KUALA LUMPUR – Walaupun pelbagai usaha membasmi rokok seludup dipergiatkan termasuk yang mencapai kejayaan memberangsangkan, namun masih ada peruncit ingkar terus menjualnya bagi mengaut lebih keuntungan. Bukan sahaja dijual murah, kandungan rokok itu dihasilkan dengan tar tidak terkawal dan tahap nikotin serta bahan kimia berbahaya yang tidak disahkan.

Dengan pelancaran Ops Outlet 3.0 di seluruh negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan terus memperkukuhkan kerjasama bersama pelbagai agensi penguatkuasaan di negara ini dalam penguatkuasaan terhadap perdagangan rokok haram. “Ia termasuklah pengukuhan peruntukan undang-undang dikenakan kepada peruncit dan pemilik perniagaan termasuk pembatalan lesen perniagaan,” kata kenyataan JKDM.

rokok

Serbuan itu bermula serentak kelmarin di lima negeri iaitu Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Perak. Dalam operasi itu, sebanyak 16 buah kedai didapati memiliki rokok haram termasuk perdagangan barangan secara haram.

“JKDM juga menguatkuasakan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) untuk menghukum pemilik perniagaan yang tidak bertanggungjawab menggunakan pekerja asing melibatkan diri dalam haram perniagaan dan perdagangan seperti menjual rokok tidak sah dan seludup,” katanya.

Sejak Ops Outlet pertama kali dilancarkan pada tahun 2010 hingga kini, lebih 11,009 kes telah disiasat melibatkan rampasan kira-kira 1.43 bilion batang rokok haram bernilai RM116.9 juta.

Selanjutnya di: http://www.sinarharian.com.my/semasa/gerak-gempur-rokok-seludup-1.486407

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *