PERKHIDMATAN KAMI

PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mulai 22 Julai 1975, nombor pendaftaran: PPM-009-10-22071975. Pertubuhan NGO di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini turut memperjuangkan kemajuan pembangunan kerjaya serta kebajikan ahli-ahlinya yang berdaftar.

Selain itu di bawah payung PERKASA Pusat,  14 buah Cawangan gabungannya mampu menjamin kesatuan dan perpaduan di kalangan keseluruhan Pegawai Kanan Kastam Diraja Malaysia dan warga JKDM amnya.

Antara faedah/manfaat kepada ahli berdaftar adalah seperti berikut:

  1. Sumbangan Kematian Ahli ( RM20,000)
  2. Sumbangan Kematian Pasangan (RM10,000)
  3. Manfaat Keilatan Kekal (RM20,000)
  4. Manfaat Kecemerlangan Akademik Anak
  5. Sumbangan Khidmat Guaman
  6. Sumbangan Bersara Wajib
  7. Pinjaman peribadi Koperasi PERKASA (maksimum RM200,000)

Ahli-ahli berdaftar/waris layak kemukakan permohonan lengkap yang disahkan oleh Ketua Cawangan dan hendaklah sampai kepada Setiausaha Agong tidak lebih 6 bulan dari tarikh kejadian.

<< Sila muat turun borang permohonan manfaat ahli di sini>>